PBS terbuka kepada semua kaum – Julita

KUDAT: Penyertaan 674 ahli baharu ke dalam Parti Bersatu Sabah (PBS) membuktikan penerimaan rakyat Sabah terhadap parti itu yang terbuka kepada semua kaum.

Advertisements

Ketua Penerangan PBS, Datuk Julita Mojungki berkata, sebagai sebuah parti berbilang kaum, PBS sentiasa memperjuangkan nasib semua tanpa mengambilkira latarbelakang kaum atau agama.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua ahli parti yang baharu mengambil keputusan untuk turut berjuang bersama dalam PBS,” kata Julita.

Semua 674 ahli baharu telah menyerahkan borang keahlian mereka pada Mesyuarat Agung Tahunan PBS bagi DUN Bengkoka semalam.

Sementara itu Julita turut mengucapkan tahniah kepada Dr. Samuil Mopun yang telah diberi kepercayaan untuk memimpin PBS Bahagian Bengkoka.

Katanya, PBS Bengkoka perlu bangkit untuk memperbaiki budaya kerja dan memajukan parti. Kepimpinan yang baru diangkat dalam AGM tahun ini harus bersatu dan bekerjasama demi kekukuhan parti.

“Tahniah dan syabas kepada Dr. Samuil Mopun kerana telah diberi kepercayaan untuk memimpin bahagian. Semoga PBS DUN Bengkoka akan terus maju ke hadapan seiring dengan bahagian yang lain,” katanya.

Julita berkata, parti akan menjadi lebih kuat jika barisan kepimpinan bersatu dan saling hormat menghormati.

Katanya, pemimpin perlu menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat demi menarik lebih ramai menyertai parti itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles