Tambahan 40 rumah SMJ setiap DUN pada tahun depan bolehkan lebih ramai miskin tegar di Sabah miliki kediaman selesa – Dr Yusof

SIPITANG: Penambahan jumlah rumah mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada 40 buah bagi setiap Dewan Undangan Negeri di Sabah pada tahun depan membolehkan lebih ramai golongan miskin tegar milik kediaman selesa.

Advertisements

Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, Datuk Dr Yusof Yacob menyambut baik penambahan jumlah rumah SMJ itu yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sindumin, semalam.

“Ini sangat kita sambut baik kerana kita masih ada senarai yang memerlukan rumah kalangan miskin tegar atau tinggal di rumah yang sangat daif yang perlu kita bantu.

“Saya berharap dengan pergerakan ini kita akan cepat membantu yang miskin tegar dan membantu supaya mereka mempunyai kehidupan yang sejahtera dan harmoni dalam keluarga mereka,” katanya kepada media selepas majlis perasmian Mesyuarat Tahunan Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin oleh Hajiji di Dewan Terbuka, Dataran QSS Mesapol.

Hajiji berkata, ini kerana ramai lagi yang tiada rumah dan perlu dibela dengan membina 3,000 rumah SMJ pada tahun depan untuk mereka yang dalam kategori miskin tegar.

Dr Yusof yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin berkata, penambahan jumlah rumah SMJ itu menunjukkan keperihatinan Hajiji untuk membela golongan miskin tegar untuk tinggal di kediaman yang selesa.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles