Oleh Yussof j. imbang
TONGOD: Terdapat keperluan mendesak membina balai bomba di daerah Tongod bagi mempercepatkan tindakan sekiranya berlaku kebakaran dan bencana alam.
Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, walaupun daerah pedalaman itu tidak termasuk dalam zon cadangan Balai Bomba dan Penyelamat tapi perhubungan yang terlalu jauh dengan balai bomba di Kinabatangan dan Beluran menyukarkan sebarang tindakan tuntas.
” Prosuder penempatan balai bomba ternyata tidak relevan, kerana nyawa dan harta banda rakyat jauh lebih penting, ” katanya semasa melawat mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Seri Menanti, Penangah 30 kilometers dari sini, pada Rabu.
Beliau mahukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Malaysia mengkaji semula prosuder zon kelayakan penempatan balai bomba kerana prosuder itu ternyata tidak membantu tindakan keselamatan yang cepat efekif.
Masiung kesal, bomba terpaksa mengambil masa hampir lima jam untuk sampai ke lokasi kejadian kebakaran yang memusnahkan 56 rumah di Kampung Seri Menanti, Penangah pada Ahad lalu.
Menurutnya, jarak antara balai bomba Kinabatangan dan Beluran melebihi 200 kilometer di samping bentuk biographi jalan perhubungan yang berbukit bukau.
Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan (LPPB) bertaraf menteri itu mahukan pegawai-pegawai kanan KPKT untuk turun padang memantau lokasi daerah Tongod yang lebih besar berbanding keluasan negeri Kedah.
Dalam tragedi malam ambang Sambutan Hari Malaysia 15 September itu, 56 buah rumah musnah dijilat api menyababkan 81 keluarga hilang tempat tinggal dan 303 penghuni tinggal sehalai sepinggang.
” Kejadian bermula jam 7.00 malam pada awalnya, kebakaran hanya melibatkan tiga buah rumah, namun api telah merebak menyababkan 56 rumah turut musnah, ” katanya.
Kesemua mangsa kini ditempatkan di dua buah dewan di Penangah yang dijadikan pusat perpindahan sementara di bawah pengawasan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.
Terdahulu Masiung menghulurkan bantuan peribadi RM500 kepada 81 keluarga mangsa selain bantuan bahan makanan, alat mandian dan barangan pakai buang.