SANDAKAN: Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Haji Nasir berkeyakinan gabungan BN PH pada PRN 17 akan berlaku, sama seperti kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi , namun perlu diperhalusi seperti kenyataan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.
“Apa pun keputusan UMNO Sabah atau BN Sabah adalah atas dasar kuasa Autonomi yang diberikan,” katanya.
Beliau berkata kerjasama ini baik untuk mengukuhkan lagi hubungan 2 parti utama yang membentuk kerajaan diperingkat pusat.
“Dan saya yakin kerjasama BN Sabah dan PH Sabah mampu membawa keputusan yang positif pada PRN Sabah kelak seterusnya mewujudkan kestabilan politik dperingkat pusat dan negeri,” katanya.
Suhami menegaskan kita juga terbuka untuk berkerjasama dengan parti-parti lain di Sabah tetapi tunjang utamanya perlu pada kerjasama BN Sabah dan PH Sabah.
“ Setakat hari ini, kita memang tiada timbul apa-apa masalah diantara BN dan PH diperingkat pusat mahu pun di peringkat negeri.
“Saya juga yakin kepimpinan BN Sabah dan PH Sabah akan duduk bersama bagi membincangkan mekanisme dan acuan terbaik bagi mendepani PRN Sabah nanti,” jelasnya.
Zahid selaku Pengerusi BN dalam kenyataannya, BN secara prinsip bersetuju untuk bekerjasama dan membentuk pakatan untuk menghadapi PRN Sabah.
Manakala, Pengerusi BN Sabah Bung Moktar berkata perbincangan akan diadakan bagi memperhalusi kerjasama parti BN bersama PH bagi hadapi PRN akan datang.