Semua parti berhak beri keyakinan kepada rakyat menang dan memerintah selepas PRN – Jeffrey Nor

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed berkata mana-mana parti yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang mereka berhak memberikan keyakinan kepada rakyat parti mereka akan menang dan memerintah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang.

Katanya, parti apa pun, walaupun tanpa sebarang kerusi dalam kedudukan kerajaan negeri ketika ini, boleh memberikan keyakinan kepada rakyat, namun akhirnya keputusan tersebut berada di tangan rakyat Sabah yang akan memilih parti mana yang mereka sokong untuk membentuk kerajaan selepas PRN Ke-17.

“Memberikan keyakinan seperti ini perkara biasa bagi mana-mana parti yang menawarkan diri untuk bertanding walaupun ada parti yang tidak mempunyai sebarang kerusi ketika ini, atau parti tersebut belum teruji dengan piliha raya sebenar termasuk Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang hanya dapat membentuk kerajaan kerana adanya gabungan dari parti lain termasuk UMNO selepas PRN ke-16,” katanya ketika ditemui disini selepas mengetuai rombongan UMNO Bahagian Putatan mengadakan program Ziarah Kasih melibatkan beberapa orang penduduk uzur di Taman Jumbo Petagas pada Ahad.

Ketua Umno bahagian Putatan itu berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan media Pengerusi GRS Datuk Seri Panglima Hajiji Nor semasa merasmikan Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Usukan, baru baru ini yang berkeyakinan kerajaan Gabungan (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Plus pimpinannya mampu kembali memerintah selepas PRN ke-17

Menurut Jeffery, Hajiji yang juga Ketua Menteri berhak memberikan keyakinan kepada ahlinya tapi tidak kepada majoriti rakyat di Sabah yang masih melihat kegagalan demi kegagalan kerajaan GRS yang hampir satu penggal memerintah negeri ini dengan pelbagai isu terutamanya isu kemudahan prasarana jalanraya, bekalan air bersih, elektrik dan kemiskinan yang sehingga kini gagal ditangani.

Jeffery yang juga Pengerusi Penasihat Pusat Giat Mara Putatan berkata, rakyat juga turut mempersoalkan integriti dan prinsip dan yang dibawa oleh GRS sebelum ini yang pada mulanya menyokong Perikatan Nasional (PN) namun setelah (PN) gagal membentuk kerajaan selepas PRU 15 ,GRS membuat pusingan 360 darjah menyokong Pakatan Harapan (PH)

“Ini tidak termasuk bila ada dalam kalangan pemimpin dalam Gabungan (GRS) bermain “ dua kolam” di peringkat negeri timbalan Pengerusi GRS tapi menyokong PN di peringkat pusat ,juga menjawat jawatan Timbalan Pengerusi (PN) yang bertentangan dengan
konsep kerajaan Perpaduan, justeru rakyat Sabah masih mempersoalkan integriti dan prinsip perjuangan PGRS yang sebenarnya dan apakah terlalu mudah bagi PH menerima GRS sebagai badan gabungan untuk menghadapi PRN ke-17 akan datang ” kataJeffery

Malahan menurut beliau sebelum berlangsung PRN Ke-17 pun sudah timbul isu penggunaan lambang yang bakal digunakan semasa PRN ke-17 ,satu pihak mahu lambang GRS manakala satu pihak mahukan lambang PH.

Menurut Jeffery hanya rakyat Sabah yang dianggarkan menghampiri 1.5 juta orang termasuk pengundi muda yang yang bakal mengundi pada PRN Ke-17 akan datang yang lebih bijak memilih parti yang diyakini boleh menjadi sebuah kerajaan yang bertanggunjawab terhadap pembangunan dan kesejahteraan dan Kebajikan rakyat di negeri ini.

“Bagi UMNO, kita akan meneruskan usaha-usaha mendekati rakyat mendengar keluh kesah mereka, membantu apa saja bentuk bantuan yang mampu diberikan. Kepimpinan UMNO di semua bahagian boleh dikatakan setiap minggu melalui lawatan turun padang melihat sendiri kesukaran hidup yang mereka lalui ,soal insfrastruktur asas, jalan raya,belakan air bersih,elektrik dan kemiskinan walaupun kerjaan negeri telah mengeluarkan kenyataan garis kemiskinan tegar di negeri ini telah diselasaikan,” katanya.

Ketika diminta mengulas persediaan UMNO untuk menghadapi PRN Ke-17 akan datang Jeffery berkata gerak kerja dan jawatankuasa Pusat Daerah Mengundi telah dibentuk dan penerangan isu isu semasa melalui program jelajah penerangan akan diteruskan.

Beliau berkata UMNO Sabah memberi jaminan manifesto BN pada PRN17 adalah aku janji yang mampu dilaksanakan.

“Ia bukannya janji bulan dan bintang atau satu gagasan besar sebagaimana yang dijanjikan oleh parti lain yang akhirnya gagal ditunaikan dan rakyat terus menagih janji.

“Manifesto BN Sabah dikeluarkan mengikut keupayaan BN untuk menunaikannya, ia bukan sekadar manifesto atau gagasan besar yang tidak mampu ditunaikan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles