Datuk Poon Ming Fung sumbang Peralatan Muzik kepada Sekolah Vision Sandakan

SANDAKAN: Datuk Poon Ming Fung @ Frankie, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, menyumbangkan peralatan muzik kepada Sekolah Vision Sandakan sebagai sebahagian daripada inisiatif beliau untuk memupuk perkembangan seni dan kreativiti di kalangan pelajar.

Advertisements

Sumbangan 18 buah peralatan muzik itu termasuk violin, cello dan 8 tempat letak buku muzik, yang akan digunakan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran muzik di sekolah tersebut.

Poon Ming Fung berharap agar sumbangan tersebut dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dalam aktiviti seni dan budaya, serta membantu mereka untuk mengembangkan bakat muzik yang mungkin ada dalam diri mereka.

Beliau berkata, “Pendidikan bukan hanya mengenai akademik semata-mata, tetapi juga mengenai pembinaan sahsiah dan pengembangan bakat dalam diri pelajar.

“Melalui sumbangan peralatan muzik ini, saya berharap agar pelajar-pelajar di Sekolah Vision Sandakan dapat menimba ilmu yang lebih luas dan memperoleh kemahiran yang akan memberi manfaat kepada mereka pada masa hadapan,” katanya.

Pihak Sekolah Vision Sandakan juga merakamkan penghargaan kepada Poon Ming Fung atas keprihatinan beliau terhadap pembangunan pendidikan dan sokongan berterusan kepada sekolah-sekolah di kawasan Sandakan.

Sumbangan itu diyakini akan memberi kesan positif dalam memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar dan menyemarakkan lagi semangat mereka untuk cemerlang dalam bidang seni.

Menurut mereka, inisiatif itu juga merupakan sebahagian daripada usaha Poon Ming Fung untuk memperkasakan masyarakat Sandakan melalui pelbagai program dan aktiviti yang berfokus kepada pendidikan, kebajikan, dan pembangunan komuniti.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles