KUDAT: Akar umbi UMNO perlu menggalas pelaksanaan dasar parti sekiranya mahukan kembali dominan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.
Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, asas perjuangan parti seharusnya diterapkan dalam diri setiap ahli dan akar umbi agar ia sentiasa menjadi pegangan.
Menurut beliau untuk kembali dominan dalam mencipta kejayaan cemerlang pada PRN 17 akan datang kekuatan parti , tidak hanya bergantung semata-mata kepada semangat tanpa usaha, tanpa pendekatan dan strategi yang berkesan untuk memenangi hati pengundi bukan sahaja mereka yang berada dalam parti namun termasuk mereka yang diluar parti.
“ Untuk Umno kembali menjadi dominan dan mencipta kejayaan dalam PRN akan datang tugas serta tanggungjawab ini bukanya tanggungjawab Ketua Bahagian serta barisan kepimpinanya namun akar umbi parti perlu bergerak dan bekerja dalam satu pasukan” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kudat di Dewan Masyarakat Tun Mustapah dekat sini pada khamis.
Hadir sama Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin, Bendahari Umno Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Rafi Alli Hasan,Datuk Yakub Khan dan Ketua Umno bahagian Kudat Datuk Harun Durabi.
Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno sebagai sebuah parti yang memiliki sistem organisasi yang tersusun tidak sukar bagi pemimpin dan ahli Umno melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka untuk memperkukuhkan parti,
“Penyatuan di kalangan pimpinan dan akar umbi UMNO adalah penting agar pengukuhan dapat diwujudkan.” katanya.
Tambah Bung apabila pemimpin dan ahli parti melaksanakan tugas dan faham erti perjuangan, penyatuan, pengukuhan, perlaksanaa sudah pasti perpaduan akan wujud yang menjadi asas utama Umno kembali sebagai parti dominan pada PRN 17 seterusnya menerajui pemerintahan negeri .
“Keutamaan UMNO ketika ini adalah menyusun jentera serta memperkukuh penyatuan dalam kalangan ahli di semua peringkat termasuk akar umbi supaya kekuatan UMNO berjaya dibina semula.,” katanya.
Bung berkata ketika ini Umno Sabah mungkin seperti ‘melukut di tepi gantang’, agak terpinggir. Tetapi, ini bukan penghujung usia politik Umno di Sabah yang menurut beliau Umno Sabah sedang diuji yang memerlukankan daya tahan pemimpin dan ahli untuk terus berjuang mengembelikan kegemilangan
“ Saya yakin Umno /Barisan Nasional (BN) akan menjadi dominan semula dan ia perlu disusuli dengan keikhlasan dalam perjuangan serta bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
“Amat penting bagi kita semua jangan meninggalkan asas perjuangan parti kita. Kenapa Umno ditubuhkan? Asas perjuangan parti ini kita terapkan dalam diri kita. Kalau kita faham asas perjuangan parti, tidak mungkin kita meninggalkannya,” katanya.