Presiden UMNO rasmikan bangunan baru UMNO bahagian Kinabatangan

Oleh Abd Jaafar Wahid

Advertisements

SANDAKAN: Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diberikan penghormatan untuk merasmikan bangunan baru pejabat Umno bahagian Kinabatatangan di bandar Fajar jalan Leila kira kira 1 kilomter dari pusat bandar Sandakan.

Ahmad Zahid yang menghadiri seterusnya merasmikan Himpunan dan Konvensyen Barisan Nasional minggu lepas di Dewan SMJK Tiong Hua Sandakan selepas merasmikan majlis tersebut pada sebelah pagi dan pada petang hari yang sama, beliau terus beredar untuk merasmikan bangunan baru Pejabat Umno bahagian Kinabatangan.

Majlis tersebut turut dihadiri bersama Naib -Naib Presiden Umno Datuk Seri Johari Abdul Ghani Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Kahlid Nordin, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Dr Noraini Ahmad , Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Presiden (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup dan Ketua Umno bahagian Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.

Pejabat baru Umno bahagian Kinabatangan setinggi tiga tingkat menempatkan bahagian bawah pejabat pentabdiran yang diketuai oleh Setiausaha Umno bahagian, sementara Tingkat dua menempatkan Pejabat Ketua Umno Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita,Pemuda dan Puteri Umno bahagian manakala di Tingkat tiga pula menempatkan bilik mesyuarat bahagian.

Bangunan baru itu telah pun digunakan sepenuhnya pada tahun lepas setelah berpindah dari pejabat lama yang terletak di Bandar Nam Tung Sandakan.

Selepas merasmikan pejabat baru Umno bahagian Kinabatangan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN mengambil kesempatan untuk mengadakan perjumpaan tertutup bersama pemimpin-pemimpin BN Sabah.

Sementara itu, Bung yang juga Ketua Umno Sabah semasa ditemui selepas majlis tersebut turut menzahir ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Zahid yang sudi merasmikan pejabat baru Umno bahagian Kinabatangan,

Katanya kehadiran serta kesediaan beliau merasmikan pejabat baru Umno bahagian Kinbatangan bukan sahaja memberika suntikan semangat kepada ahli-ahli Umno bahagian itu malah turut memberikan anjakan paradigma kepada seluruh anggota Umno di negeri ini untuk terus berjuang memperkasakan parti Umno.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles