UPKO mesti menjadi sebahagian penyelesaian masalah kemiskinan tegar melalui gerakan keusahawanan pendidikan – Ewon

KIULU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berkata parti itu mesti menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah kemiskinan tegar di Sabah melalui gerakan keusahawanan dan pendidikan yang boleh dilaksanakan oleh para pemimpin parti.

Advertisements

Sehubungan itu beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mahu Konvensyen UPKO pada tahun ini menampilkan kelainan iaitu bukan setakat membincangkan masalah jalan raya dan infrastruktur tetapi juga menyuarakan cadangan dan pandangan membasmi kemiskinan tegar melalui gerakan keusahawanan.

“Tahun ini kita akan meraikan sambutan ulang tahun UPKO ke-30 pada 10 Ogos ini di SICC dan pada 11 Ogos, Konvensyen Nasional UPKO akan diadakan.

“Pengisian utama Konvensyen UPKO tahun ini ialah bagaimana kita menjadikan setiap pelantikan dan penempatan kita dalam pelbagai agensi, kementerian dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah rakyat seperti isu kemiskinan dan pembangunan keusahawanan.

“Kita harus buktikan, ada keadilan kepada pelantikan itu, supaya rakyat melihat kita mampu menyediakan penyelesaian sebahagian daripada masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Moginakan UPKO Kiulu, di Dewan Kg.Lokub, di sini, hari ini.

Ewon juga mahu para pemimpin parti itu yang diletakkan dalam mana-mana agensi kerajaan supaya dapat membantu menyumbang kepada penyelesaian kemiskinan tegar dan pembangunan keusahawan di negeri ini.

“Sebab itu kita buat kelainan pada Konvensyen UPKO tahun ini. Misalnya berkenaan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Datuk Madius memberi taklimat kepada Ahli-ahli Parlimen mengenai wawasan, pendekatan dan inisiatif yang beliau ingin laksanakan di SESB. Parti harus berupaya menjadikan platform Konvensyen ini untuk menyokong SESB supaya ada kemendirian dan pemerksaan SESB.

“Begitu juga dengan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), selaku agensi utama di negara ini yang bertanggungjawab membantu membangunkan PMKS, kita ada wakil di situ, misalnya Tan Sri Bernard Dompok yang mempunyai pandangan yang perlu disokong oleh semua kita. ini pendekatan baru yang kita mahu,” katanya.

Mengenai program itu, Ewon berkata Program Moginakan Keluarga UPKO Kiulu menjadi medan penyatuan perpaduan antara masyarakat setempat.

“Kepimpinan yang baik bermula dari keluarga, dan melalui aktiviti sebegini, kita dapat memupuk semangat kerjasama dan kesepakatan yang lebih erat,” katanya.

Selain pertandingan menyanyi (Rombituon), program itu turut menyaksikan penyerahan bantuan beg sekolah kepada 195 murid daripada 12 buah tabika KEMAS di kawasan Kiulu, sebagai usaha meringankan beban keluarga dan menyokong pendidikan anak-anak.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi SME Corp, Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan Pengerusi SESB merangkap Ahli Parlimen P.170 Tuaran, Datuk Seri Panglima Madius Tangau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles