Gagasan Rakyat Tambunan semakin kukuh terima 1000 ahli baharu

TAMBUNAN: Kedudukan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tambunan semakin kukuh dengan penyertaan seramai 1,000 ahli baharu ke dalam parti itu pada Sabtu.

Advertisements

Borang keahlian diserahkan oleh Datuk Michael Emban mewakili ahli-ahli baharu berkenaan kepada Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan, Datuk Victor P. Paut di Dewan Masyarakat Tambunan.

Ketika berucap dimajlis itu Michael berkata, mereka memilih untuk menyertai Gagasan Rakyat kerana parti itu adalah sebuah parti tempatan dan parti kerajaan serta dipimpin seorang pemimpin yang telah memperlihatkan kesungguhan dalam mengutamakan kebajikan rakyat Tambunan.

“Tambunan amat memerlukan seorang pemimpin muda yang bertenaga dan komited dan penampilan ini ada dalam diri Dato Victor, dan beliau telah memperlihatkan kesungguhan dalam menitikberat kebajikan rakyat Tambunan,” katanya, yang juga mantan pegawai kanan kerajaan.

“Kehadiran saya bersama 1,000 ahli baharu Gagasan Rakyat menunjukkan kami memberi penuh keyakinan dan sokongan padu terhadap kepimpinan Dato’ Victor,” katanya.

Victor ketika berucap dimajlis itu menyifakan penyertaaan beramai 1000 ahli baharu kedalam parti itu merupakan satu lagi peristiwa penting dan bersejarah bagi daerah Tambunan khususnya Gagasan Rakyat Bahagian Tambunan.

“Saya amat terharu sebaik melangkah masuk ke dalam dewan, apabila melihat ahli-ahli baru yang turut memakai pakaian merah bagaikan `Gelombang Merah’ membanjiri Dewan Masyarakat Tambunan,” katanya.

Beliau merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli-ahli Gagasan Rakyat yang baharu kerana dapat menerima dan menghargai serta menghayati konsep dan falsafah perjuangan parti itu.

“Ini juga menandakan dan mencerminkan bahawa semangat dan perjuangan Gagasan Rakyat adalah murni dan berteraskan dengan kehendak serta aspirasi rakyat Tambunan.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli-ahli baharu yang telah membuat pilihan yang tepat dimana Gagasan Rakyat merupakan parti yang terdiri daripada pelbagai kaum menyangjung tinggi persefahaman dan kesepaduan semua kaum di Sabah untuk bersama sama memajukan negeri Sabah menjadi sebuah negeri yang progresif dan maju ke arah memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim, keharmonian dan perpaduan bagi mencapai misi, visi dan halatuju pembangunan Negeri Sabah yang lebih berdaya maju dan berdaya saing,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Victor berkata, ahli-ahli baharu ini adalah terdiri daripada mereka yang belum atau pernah menggangotai beberapa parti yang ada di kawasan Tambunan.

“Dengan penyertaan 1000 ahli baharu itu, Gagasan Rakyat Tambunan kini mempunyai 7,000 keahlian dan sasaran kita semakin mengampiri 10,000 ahli menjelang akhir tahun ini, 2024.” katanya.

Di majlis itu, Victor turut menyampaikan sumbangan insentif sebanyak RM3000 kepada pemenang world championship of performing art (WCOPA) Los Angeles, Vanessa William dan penyampaian sumbangan kerusi roda kepada seorang ahli Gagasan Rakyat Tambunan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles