UMNO Sabah catat 648,000 jumlah keahlian tertinggi di Malaysia – Bung Moktar

BEAUFORT : UMNO Sabah merekodkan seramai 648,000 ahli berbanding hanya 400,000 selepas pasca tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRN) ke-14 lalu.

Advertisements

Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ini sekali gus menunjukkan UMNO Sabah merekodkan jumlah keahlian paling tertinggi berbanding negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.

Katanya, angka tersebut menunjukkan peningkatan secara drastik kepada keahlian UMNO Sabah sekali gus membuktikan UMNO masih pilihan utama rakyat di Sabah.

Katanya, ketika pasca sebelum PRU 2018, UMNO Sabah mempunyai keahlian sekitar 530,000 orang namun mencatat penurunan selepas tewas dalam PRU14 lalu.

“Ketika 2018, UMNO Sabah lumpuh umpama seolah-olah diserang burung graruda…Ada seglintir ahli UMNO malu memakai baju berlambang logo keramat UMNO.

“Sedikit demi sedikit keahlian UMNO Sabah semakin bertambah, kita menyusun semula bahagian dan cawangan di semua peringkat sekali gus menjadikan ketika UMNO masih releven serta menjadi pilihan rakyat di negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Induk Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Beaufort di Dewan Dato Syahbandar Makang Kuala Penyu, di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan Bung Moktar berkata, UMNO Sabah memberikan tempoh selama sebulan untuk membolehkan UMNO Bahagian Beaufort menyediakan data secara terperinci bagi mengenalpasti jumlah pengundi sebenar di kawasan mereka.

“Kita kini diambang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17). Jika mahu kita tawan semula Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias kerja keras perlu dilakukan segera.

“UMNO Beaufort mempunyai peluang cerah menang di DUN Klias, tetapi jika gerak kerja awal tidak dilakukan, bersikap sambil lewa lawan kita akan ambil peluang akibat sikap terlalu selesa,” jelas Bung Moktar.

Menurutnya, ahli UMNO mesti berusaha mendekati pengundi jangan hanya bergantung kepada ahli sendiri, tidak bersikap ego serta sentiasa berusaha mengesan pengundi atas pagar di peringkat akar umbi.

“Jika mahu jadi Ahli Yang Berhormat, Ketua Bahagian atau memegang jawatan di semua peringkat, jangan bersikap sombong kerana kita semua datang daripada rakyat serta mesti kembali kepada rakyat.

“Jika UMNO memerintah di Sabah nanti, kita ada tawaran baharu untuk menyelesaikan masalah air, elektrik, jalan raya. Sabah sudah mencapai usia 61 tahun namun masih dilabel sebagai negeri mundur.

“Bayangkan dari tiga daerah termiskin sekarang sudah jadi lapan daerah termiskin di Sabah. Sekiranya gagal menyelesaikan isu ini buat apa menjadi kerajaan,” kata Bung Moktar.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles