Pelan Pembangunan Penampang menjadi input penyediaan RMK13 – Ewon

PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, Pelan Pembangunan Penampang akan menjadi input untuk penyediaan rancangan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Advertisements

Beliau berkata, ini kerana semua isu, cabaran, keperluan dan cadangan pembangunan berskala kecil, sederhana dan besar dimasukkan dalam pelan pembangunan itu.

“Saya percaya pendekatan ini lebih sesuai berbanding memohon peruntukan daripada kementerian-kementerian berkenaan secara berasingan.

“Inilah cara kita, membawa perkhidmatan dan peruntukan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah rakyat Penampang serta memenuhi keperluan penduduk di sini. Keperluan dan penyelesaian masalah rakyat Penampang ini boleh dibawa dalam rancangan kementerian masing-masing menerusi Pelan Pembangunan Penampang.

“Oleh itu menjadi tanggungjawab saya mendapatkan komitmen daripada menteri-menteri dan kementerian-kementerian lain yang berkaitan di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah supaya Pelan Pembangunan ini dapat dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada upacara pecah tanah projek menaiktaraf Jambatan Sungai Moyog, Stesen Perikanan Babagon, Kg.Timpangoh-Kg.Lotong, di sini, hari ini.

Pelan Pembangunan Penampang mencakupi enam prinsip pembangunan iaitu ketersediaan kemudahan asas, kemakmuran sosio ekonomi, teknologi dan inovasi, kecemerlangan urus tadbir, kemampanan alam sekitar dan seni budaya dan warisan.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, dari segi pembangunan keusahawanan dan koperasi, kementeriannya mempunyai 10 agensi yang menyediakan pelbagai skim pembiayaan dan geran untuk usahawan.

Selain itu katanya, beliau juga telah memperkenalkan pelbagai inisiatif baharu khusus untuk usahawan Sabah dan Sarawak, antaranya Projek Tamu Desa dan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus.

“Bagi kawasan Babagon, saya telah menyalurkan peruntukan menaiktaraf Tamu Babagon dengan kos RM300,000.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles