USIA berdepan risiko besar – Edul

KOTA KINABALU: Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) didakwa melakukan kesilapan besar apabila melantik seorang individu muflis sebagai salah seorang Pegawai Kanan USIA pada tahun 2022.

Advertisements

Kesilapan itu mendedahkan USIA kepada risiko besar kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan USIA.

Seorang Ahli Majlis Tertinggi USIA, Edul Haji Mulud berkata pelantikan tersebut jelas bercanggah dengan Akta Pertubuhan 1966, yang tidak membenarkan individu muflis memegang sebarang jawatan dalam mana-mana Pertubuhan/ Organisasi.

Edul berkata beliau menyuarakan pandangan tersebut demi menyelamatkan USIA daripada berhadapan dengan masalah yang lebih besar.

Edul pernah menjadi Setiausaha Kerja USIA dan Pemangku Setiausaha USIA selama berkhidmat dengan USIA lebih dari 40 tahun.

Edul yang juga Ketua USIA Bahagian Tamparuli menjelaskan adalah mustahil bagi Pemimpin Tertinggi USIA tidak menyedari individu yang dilantik sebagai Pegawai Kanan USIA sedang menghadapi masalah muflis sejak tahun 2016.

Edul berharap Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dapat mengambil tindakan yang sesuai berhubung dengan masalah yang dihadapi oleh USIA.

USIA dijadual mengadakan pemilihan sesuai dengan kehendak Perlembagaan USIA, pada awal Disember 2024.

Bahagian-bahagian USIA di seluruh Sabah hendaklah menamakan calon yang dikira layak sebagai Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Naib-Naib Yang Dipertua, Ketua Belia, Ketua Wanita dan Ahli Majlis Tertinggi.

USIA mempunyai 29 Bahagian di seluruh Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles