JKDM tumpu “keusahawanan desa” tidak bercanggah dengan Ordinance Pentadbiran Luar Bandar – Jeffrey Nor

KOTA KINABALU: Pertubuhan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) langsung tidak bercanggah dengan Ordinan Pentadbiran Luar Bandar kerana tugas dan peranan JKDM adalah berbeza, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffrey Nor Mohamed.

Advertisements

Beliau berkata memang mudah untuk menuduh tetapi sukar membuktikan percanggahan itu.

“Di mana bukti bahawa JKDM, yang lebih tertumpu kepada “keusahawanan desa” berbanding pentadbiran dan keselematan kampung adalah bercanggah dengan undang undang negeri?

Jeffrey yang juga Ketua UMNO Putatan mempersoalkan bagaimana cadangan boleh dibuat untuk Dato Seri Fadillah Yusof dikatakan sepatutnya menilai semula kewajaran pertubuhan JKDM?

“Pertama, JKDM ini dibawah Kementerian Kemajuan Desa Wilayah iaitu dibawah Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Adakah Datuk Fredian Gan (AMT PBS) mengesa kementerian lain ganggu kementerian lain?

“Sekiranya itu saranan beliau, patutpun keadaan kerajaan negeri Sabah berada dalam keadaan kucar kacir. Adakah ini bermaksud kerajaan negeri secara rasmi membantah perlaksanaan inisiatif kerajaan madani?

“Adakah ini juga bermaksud bahawa kerajaan katak tanpa maruah ini ingin sekali lagi membelakangkan rakan kongsi mereka iaitu kerajaan madani? katanya.

Jeffrey berkata: “daripada mempersoal sekiranya JKDM itu polisi nasional (jawapan sememangnya ya memandangkan ianya sudah dibincangkan dan dipersetujui dalam kabinet)”.

“Saya soal kepada semua dalam kerajaan GRS bahawa sekiranya perlantikan JKDM disemak semula, dan perlantikan dibuat kepada ahli ahli GRS, adakah mereka juga akan kekal dengan bantahan mereka?

Jeffrey berkata seperti yang dijelaskan sebelum ini, kadar kemiskinan di Sabah sangat teruk.

Sabah merupakan antara negeri termiskin di Sabah. JKDM ini adalah sebahagian daripada inisiatif untuk membantu membasmi kemiskinan di Sabah, katanya.

“Mengapa GRS begitu berkeras mahu tolak JKDM? Adakah nasib kebajikan rakyat Sabah tidak penting berbanding kepentingan jawatan mereka?

“Adakah kerajaan GRS mengotakan prinsip perpaduan? UMNO dan Warisan adalah sebahagian kerajaan madani, namun dianaktirikan serta dibuat macam pembangkang di kerajaan negeri Sabah.

“Lihat cermin dahulu sebelum bersuara.
Sebelum kerajaan negeri hantar bantahan rasmi, baik kamu keluarkan kenyataan rasmi berkenaan 1) adakah kerajaan negeri sabah beranggap royalti 40% adalah satu “aspirasi” sahaja.

“Kedua, adakah kenyataan Tengku Datuk Fuad merupakan pendirian rasmi kerajaan GRS, dan 3) adakah betul bahawa permohonan kerajaan negeri untuk masuk campur dalam kes yang dimulakan Sabah Law Society adalah dengan tujuan untuk melawan Sabah Law Society? katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles