KOTA KINABALU: Semua perhatian kini tertumppu kepada apa reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelaksanaan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) Madani di Sabah apabila pemimpin nombor saru negara itu melawat negeri ini pada 31 Mei ini.
Perdana Menteri dijadual menyempurnakan majlis pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Kebangsaan di Hongkod Koisaan KDCA Penampang pada hari itu.
Mengikut kenyaatan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan pada Selasa, pimpinan kerajaan Sabah akan menyampaikan secara lisan penolakan pelaksanaanJKDM Madani di negeri ini pada hari tersebut.
Jeffrey dipetik sebagai berkata bahawa inisiatif di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu tidak perlu di Sabah kerana negeri ini telah ada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Sambil mempertahankan pewujudan JKDM di negrri ini, UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata jawatankuasa peringkat akar umbi itu, antara lain bertujuan menyelaras program memperkasakan ekonomi dan keusahawanan penduduk kampung dengan matlamat membantu mengurangkan kemiskinan tegar di Sabah.
Menurut pemerhati politik bebas Remy Majangkim, senario itu mungkin akan meletakkan Perdana Menteri dalam keadaan tersepit bagi menyeimbangkan permainan politik yang saksama (level playing field) khususnya pada pilihann raya negeri (PRN) akan datang.
Beliau berkata ini kerana di peringkat Persekutuan, kerajaaan Perpaduan yang diterajui Anwar turut dianggotai parti-parti di Sabah termasuk GRS, UMNO:BN Sabah, Warisan, KDM dan anggota parlimen bebas.
Di peringjat Sabah pula, Remy berkata pentadbiran kerajaan negeri diterajui GRS Plus PH, selepas PH berjaya menyelamatkan kerajaan GRS sebelum itu daripada tumbang susulan kemelut politik negeri pada awal tahun lepas.
Menurut Remy, selepaas kerajaan negeri GRS Plus PH ditubuhkan, jawatan-jawatan Ketua Kampung dan JKKK di kebanyakan DUN masih “dibolot” oleh penyokong-penyokong GRS, manakala penyokong-penyokong Warisan, KDM, UMNO/BN (kecuali Adun UMNO/BN yang menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah) dipecat.
“Di peringkat Persekutuan, hubungan parti-parti komponen kerajaan Perpaduan amat baik.
“Begitu juga hubungan GRS dan PH di peringkat negeri juga amat baik, namun di peringkat negeri Sabah, UMNO/BN Sabah, Warisan dan KDM tersisih ke tepi, namun kerajaan GRS kelihatan merasa tergugat dengan pewujudan JKDM dan membantah pelaksanaannya…inilah keunikan lanskap politik Sabah,”katanya.
Mengikut sejarah, pertembungan parti-parti politik di peringkat negeri Sabah bukan sesuatu yang baharu, meskipun sama-sama anggota parti pemerintah Persekutuan.
Sebagai contoh, pada tahun 80an, selepas PBS menubuhkan kerajaan, kerajaan PBS pada ketika itu dan pembangkang Usno kedua-duanya pendokong kerajaan BN persekutuan tetapi bertembung sesama sendiri dalam beberapa piliham raya negeri pada ketika itu.
Remy berkata senario yang sama mungkin berlaku pada PRN akan datang di Sabah.
“Berdasarkan laporan berita, UMNO Sabah sedia kerjasama dengan parti lain termasuk Warisan, KDM dan PBRS manakala PH akan membuat keputusan berhubung perkara itu selepas DUN dibubarkan untuk berdepan GRS dalam PRN.
“Senario politik Sabah bertambah rumit lagi apabila ada parti politik komponem GRS turut menganggotai Perikatan Nasional (PN),” katanya.
Remy berkata persoalannya sekarang adakah pewujudan JKDM di setiap DUN Sabah yang separuh daripadanya sudah dilaksanakan bakal mewujudkan level playing field dalam arena politik Sabah?
“Kita sama-sama tunggu komen Perdana Menteri pada 31 Mei ini…saya jangka Perdana berusaha untuk tidak mengguris hati kedua-dua pihak iaitu situasi menang-menang,” katanya.