Rakyat Sabah diminta manfaatkan budaya kunjung mengunjungi perayaan Aidilfitri – Hajiji

TUARAN: Rakyat Sabah diminta memanfaatkan budaya kunjung mengunjung pada hari perayaan besar, khususnya Aidilfitri bagi mengukuhkan semangat perpaduan dan keharmonian kaum. 

Advertisements

Ketika membuat gesaan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata selain gembira melihat Aidilfitri disambut bukan sahaja umat Islam tetapi juga mereka yang bukan beragama Islam, budaya kunjung mengunjung itu mampu mengeratkan persahabatan dan semangat kejiranan masyarakat. 

“Inilah yang selalu kita lakukan semasa perayaan terutama Aidilfitri. Kunjung mengunjung biasa dilakukan semasa kita menyambut Syawal ini.

“Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan Silatulrahim dan mengukuhkan perpaduan rakyat kita,” katanya.

Hajiji berkata demikian kepada pemberita selepas mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Pengurus Pasukan MFL U23 Sabah FC, Datuk Abdul Kassim Razali di Kampung Tambalang, dekat sini pada Rabu,

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya sepanjang sambutan Aidilfitri.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles