UMNO/BN tidak takut Slogan SMJ, tapi takut rakyat akan berterusan diulit mimpi indah – Suhaimi

SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir berkata, tidak timbul soal takut atau sebaliknya terhadap slongan “Sabah Maju Jaya” (SMJ) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), satu pelan pembangunan untuk tempoh lima tahun (2021-2025) bagi memacu ekonomi negeri dan siso ekonomi rakyat.

Advertisements

Katanya, ini bukan isu ketakutan parti pembangkang (termasuk Umno/BN) yang dianggap sebagai pembangkang di Sabah, namun persoalan pokoknya ialah ketakutan serta kegusaran rakyat Sabah yang saban hari berhadapan dengan pelbagai isu dari isu pembangunan insfrastruktur asas sehingga ke isu ekonomi yang semakin menghembat kehidupan serta kesejehteraan rakyat.

“Isu ini dibangkitkan oleh rakyat sendiri, saban hari di pelbagai flaffrom media, di kedai-kedai kopi di pejabat-pejabat kerajaan, mereka(rakyat) persoalkan keberkesanan slongan (SMJ) dalam membawa kesejehteraan untuk mereka nikmati.Kami sebagai pemimpin dan parti politik hanya membawa isu untuk memaklumkan kepada kerajaan bukan disebabkan kepentingan politik, tapi isu ini berkaitan kepentingan rakyat,” jelas Suhaimi ketika ditemui semasa majlis berbuka Umno Zon 6 Lahad Datu,Semporna,Tawau dan Kalabakan di Dewan Sri Perdana Lahad Datu petang Ahad.

Beliau juga Adun Dilantik berkata demikian sebagai mengulas ucapan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semasa program berbuka puasa anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Klias, di Masjid Daerah Beaufort pada Sabtu yang menyebut pemimpin pembangkang menjadikan (SMJ) sebagai sasaran kritikan dan modal politik dan takut kepada slongan SMJ) dan mencari keburukannya.

Suhaimi menambah rakyat sudah tentu tidak akan mempersoalkan isu itu sekiranya SMJ sebagai satu gagasan besar kerajaan telah berjaya mengubah landskap pembangunan yang mampan dan mencapai matalamatnya.

“Bagaimana mereka (rakyat) berdiam diri jika lebih 4 tahun Kerajaan GRS mentadbir negeri ini bersama gagasan yang diperkenalkan ,namun masalah-masalah kritikal terutama dalam penyediaan prasarana jalanraya, bekalan air dan elektrik termasuk ekonomi masih menghembat kehidupan rakyat, apakah semua masalah ini tidak terkandong dalam gagasan (SMJ)”? soal Suhaimi.

Suhaimi yang juga Ketua Penerangan Umno Sabah berkata, ini bukan soal untuk mengapi-apikan rakyat tapi ianya realiti yang dihadapi oleh rakyat, turunlah ke pelusuk mana kampung-kampung atau daerah-daerah di negeri ini ,masalah ini akan menitih dari bibir ke bibir rakyat .Peranan kita (Umno/BN) hanya sampaikan kepada Kerajaan biarlah laporan kejayaan (SMJ) yang dikeluarkan oleh kerajaan, selari dengan kesan positif yang diterima oleh rakyat.

Sehubungan itu, Suhaimi meminta kepimpinan kerajaan negeri jangan gelabah bila isu ini terus menjadi perdebatan rakyat dan perlu diingat majoriti rakyat kini celik digital untuk menzahirkan rasa ketidakpuasan hati mereka,mereka turut memuat naik isu ini dimedia sosial .

“Jangan anggap ini kerja pemimpin parti pembangkang, kalau kita lihat dan baca rakyat biasa pun meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap keberkesanan (SMJ), mereka bukan orang politik, bukan pemimpin politik tapi tekanan hidup yang mereka hadapi memaksa mereka lebih berani mezahirkan isu ini melalui pelbagai medium,” jelas Suhaimi.

Suhaimi mengingatkan kerajaan agar lebih fokas dalam pelaksanaan (SMJ) bukan sekadar menguar-uarkanya di pelbagai platfrom media atau mendirikan sebanyak mana papan tanda (SMJ) sebagai satu kejayaan, ianya tidak bermakna untuk rakyat sekiranya kehidupan mereka masih terus dibelanggu dengan masalah kehidupan terutamanya kemudahan asas yang belum selasai.

“Laksanakankan perancangan yang ada dengan penuh komitmen, belanjakalah sumber kewangan yang didakwa mencukupi untuk meningatkan taraf siso ekonomi rakyat, tidak perlu diungkit kelemehan kerajaan sebelum ini, ini kerana pemimpin yang ada dalam Kerajaan hari ini pun dahulunya bersama Kerajaan sebelum ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles