Aktifkan gerak kerja agar UMNO dekat dihati rakyat – Jeffrey

PUTATAN: Pemimpin dan ahli UMNO di peringkat cawangan perlu sentiasa mengaktifkan gerak kerja bersama masyarakat secara berterusan agar UMNO dekat di hati masyarakat selain dapat memperkukuhkan semangat perpaduan.

Advertisements

Ketua Umno bahagian Putatan Jeffrey Nor Mohamed berkata, pelbagai program boleh dilaksanakan yang melibatkan komuniti setempat yang bukan sahaja memperkukuhkan semangat perpaduan tetapi juga boleh mendalami hala tuju serta perjuangan parti.

“Banyak acara boleh kita laksanakan seperti program gotoyong royong, sukan, dan sebagainya walaupun ianya dianjurkan dalam sekala kecil namun ianya memberikan kesan yang positif dalam usaha kita melahirkan masyarakat yang betsatu padu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pertandingan memancing anjuran UMNO Pusat Daerah Mengundi Tengah Padang Petagas dengan kerjasama Anglers Team dekat sini baru baru ini.

Pada masa yang sama, Jeffrey yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Negeri Sabah berkata UMNO Bahagian Putatan dengan kerja sama PDM Tengah Padang juga telah menganjurkan program berkhatan beramai-ramai yang bertujuan meringankan beban ibubapa menghantar anak-anak mereka berkhatan di klinik swasta.

“Program ini memberikan peluang kepada rakyat khususnya ibubapa sempena cuti sekolah untuk mendapatkan kemudahan percuma bagi mengkhatankan anak-anak mereka disamping dapat mengurangkan beban kewangan mereka untuk menanggung kos rawatan,” katanya.

Menurut beliau program tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sebagai program tahunan UMNO bahagian Putatan.

Dalam pada itu Jeffrey juga meminta sayap parti Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO supaya menganjurkan kegiatan mereka bagi mendekati pengundi muda.

Menurut beliau pengundi 18 tahun adalah golongan penting yang perlu diberi perhatian kerana mereka merupakan penyumbang undi terbesar setelah Undi 18 dikuatkuasakan pada PRU ke-15 lepas.

“Kita (Umno) kena fokas golongan ini pendekatan kita selari dengan citarasa mereka disamping kita perlu sampaikan maklumat sahih bagi mempastikan mereka mendapat info yang tidak benar dari pihak lain,” katanya.

Jeffrey menambah apa yang penting adalah dari segi maklumat yang tepat mengenai dasar dan hala tuju parti serta maklumat peluang-peluang yang disediakan kerajaan yang boleh mereka sertai seperti peluang pendidikan, kerjaya dan peluang perniagaan.

Menurut Jeffrey yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pusat Giat Mara Daerah Parlimen Putatan dengan penjelasan dan maklumat tepat kepada golongan ini akan mendorong mereka untuk memberikan sokongan kepada UMNO/BN

“Kemunculan media sosial yang diguna pakai oleh tentera siber pihak lawan ketika ini, propaganda turut meracuni pemikiran anak muda justeru usaha kita selain menggunakan media sosial menyampaikan maklumat dasar serta perjuangan parti kita juga perlu turun padang menyantuni golongan ini secara bersemuka melalui pelbagai program yang dianjurkan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles