TAMPARULI: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, telah hadir menyaksikan sesi pemilihan pasukan bola sepak 18 tahun ke bawah bagi daerah kecil Tamparuli, di Padang Pekan Tamparuli, sini, kelmarin.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Tamparuli, turut menerima kertas kerja persiapan pasukan bagi menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden SAFA merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.
Kertas kerja tersebut telah disampaikan Pengurus pasukan Tamparuli kepada Jahid, yang hadir bagi memberikan sokongan kepada anak-anak muda berkenaan.
Seramai 65 orang belia telah hadir ke sesi pemilihan tersebut bagi mencuri peluang untuk dipilih mewakili Tamparuli. Kejohanan tersebut dijangka akan dilangsungkan pada penghujung bulan Mac 2021.