Pertahan Institusi Parti — Bung

KENINGAU: UMNO perlu mempertahankan institusi parti, dengan mengutamakan kesatuan serta solidariti jika mahu mendepani cabaran semasa.

Advertisements

Ketua Umno Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin, berkata UMNO perlu terus diperkasa sebagai sebuah parti yang memberi perlindungan dan juga payung kepada bangsa Melayu serta Bumiputera demi mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti itu.

Beliau berkata parti itu tidak harus dilihat sebagai sebuah parti yang ekslusif hanya untuk menguatkan individu tertentu memandangkan kekuatan parti itu terletak atas dasar sokongan akar umbi.

SEMANGAT..Bung (tengah) bersama sebahagian dari ahli jawatankuasa Umno Bahagian Umno
SEMANGAT..Bung (tengah) bersama sebahagian dari ahli jawatankuasa Umno Bahagian Umno

“Ini penting bagi kita supaya parti keramat yang menjangkau usia 74 tahun ini akan terus mendapat tempat dan sokongan daripada akar umbi, khususnya golongan muda yang menjadi pelapis kepada barisan pimpinan pada masa ini,” katanya ketika menyampaikan amanat semasa perjumpaan bersama ahli jawatankuasa Umno bahagian Keningau di sini baru baru ini.

Hadir sama Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Keningau Salbiah Suhaimi,Ketua Pergerakan Puteri Umno Sabah Dr.Fadilah Sabri,Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Keningau Hajin Sujari Ketua Pergerakan Puteri Umno bahagian Keningau Siti Norzati Kamilah Sairin serta ahli jawatankuasa bahagian Umno Keningau.

Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata keyakinan rakyat harus segera dipulihakan bagi memastikan UMNO terus relevan juga sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan datang.

“Umno khususanya di Sabah telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan selepas tsunami PRU 14, sehingga ada pemimpin dan ahli yang ‘cuak’, gelabah’ dan tidak tahan diuji bertindak keluar parti, bagaimanapun berbekalkan prinsip perjuangan dan kesetiaan kepada parti kita hadapinya bersama dan semangat itu telah dibukitikan pada PRK Kimanis sehinggalah ke PRN Sabah ke 16 Umno Sabah telah membuktikan ianya masih relevan dan memainkan peranan besar dalam pembentukan kerajaan GRS” jelas Bung.

Sehubungan dengan itu Pengerusi BN Sabah ini meminta agar semua bahagian Umno di negeri ini menyusun gerak kerja dengan memperkasakan parti di semua peringkat terutamnya dalam menghadapi pilihanraya umun ke 15 akan datang.

“Apa bila kita kuat ,gerak kerja kita tersusun mendekati ahli dan rakyat di peringkat akar umbi kita akan menjadi sebuah organisasi yang meyakinkan” tambah Bung.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles