UMNO perlu dimensi baharu dekati rakyat – Bung

KOTA KINABALU : UMNO perlu mengubah strategi dan pendekatan sebagai sebuah parti politik bagi membendung trend penolakan pengundi di kawasan bandar, mahupun luar bandar.

Advertisements

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, dimensi baharu mendekati rakyat di peringkat akar umbi perlu dilakukan oleh Umno bahagian yang tidak seharusnya tertumpu kepada ahli-ahli Umno atau kelompok tertentu sahaja tapi perlu diperluaskan kepada Masyarakat lain.

Menurut beliau apa yang diperhatikan kebanyakan program seperti program ziarah lebih tertumpu kepada ahli-ahli parti yang sudah tentu tidak dapat memberikan impak dan nilai tambah sokongan rakyat kepada Umno.

Bung berkata, selain penyokong tegar Umno diluar sana masih ada kelompok yang tidak berparti rakyat mereka yang uzur dan tidak berkemampuan yang memerlukan perhatian walaupun berlainan parti , persatuan belia, persatuan ibu tunggal, persatuan persara kerajaan dan badan-badan NGO lain yang perlu di dekati.

“Kita perlu ubah pendekatan dengan dimensi baharu, komuniti ini sudah tentu mempunyai ahli dan penyokongnya ,jika kita dekati dengan berhemah penuh mesra dibantu apa keperluan mereka, tidak mustahil mereka akan menyokong perjuangan Umno, ” katanya ketika berucap dalam majlis Amanat Ketua Umno Sabah 2024 bersama pimpinan bahagian Umno dari seluruh bahagian Sabah di sini baru-baru ini.

Hadir sama Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin, Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Suhaimi Haji Nasir, Ketua Wanita Umno Sabah Senator Datuk Noraini Idiris dan Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Ketua Wanita Umno bahagian Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Justeru, Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menggesa semua pemimpin UMNO meneliti semula apa yang perlu dilakukan dan bagaimana boleh mengubah trend penolakan pengundi terhadap UMNO.

Menurut Bung Umno kena membawa konsep politik kestabilan ekonomo rakyat, politik membangunan ekonomi perniagaan seiring dengan cabaran ekonomi yang merundum ketika ini selain politik mensejahteraan kehidupan rakyat.

“Kita tidak lagi dengan pendekatan budaya lama dari segi penyusunan program, contoh jika mendekati golongan muda tidak sekadar menganjurkan kejohanan sukan, membantu peralatan sukan tapi program memberikan ilmu pengetahuan untuk golongan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan perlu dianjurkan dengan kerjasama dari beberapa agensi kerajaan yang berkaitan ,agar golongan belia dapat didedahkan dengan ilmu serta peluang peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk menjana ekonomi mereka, ” katanya.

Menurut beliau banyak peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan seperti kursus Kemahiran, geran bantuan yang boleh dimasukan dalam setiap program yang masih dimana maklumat ini akan sampai kepada Masyarakat khususnya golongan muda untuk mereka diterokai.

Bung yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan berkata untuk menang dalam PRU atau PRN akan datang UMNO di Sabah tidak boleh bergantung kepada pengundi dalam kalangan ahlinya tapi perlu menarik lebih ramai pengundi diluar Umno (rakyat) untuk menyokong perjuangan Umno

Dalam perkembangan yang sama Bung juga menyentuh soal kekuatan parti bergantung kepada konsep kerja berpasukan dimana menurut beliau perpecahan sesama sendiri akan mengundang kepada kelemahan dan kelalahan dalam perjuangan.

*usteru kita mesti terapkan budaya kerja berpasukan kepimpinan Umno bahagian empat peringkat perlu bersatu berjalan seiring elaklah bergesaran selepas pemilihan baru-baru ini, jangan wujudkan tem A dan Tem B jika ini masih berlaku kekuatan tidak akan dicapai, jika kita mahu menang buatlah kerja mahu menang, ” jelas Bung.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles