Masalah air, permukaan lantai licin antara runggutan peniaga kepada Mayor Bandaraya

KOTA KINABALU : Masalah bekalan air tidak stabil serta permukaan lantai yang licin merupakan antara runggutan kalangan peniaga di kawasan Anjung Senja serta Pasar Malam Sinsuran di sekitar ibu negeri.

Advertisements

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, peniaga terpaksa menunggu bekalan air sehingga larut malam berikutan tekannya rendah serta kadang kala terputus sekali gus menyebabkan peniaga terpaksa memendekkan masa serta waktu operasi perniagaan mereka.

Katanya, peniaga mendakwa pada waktu puncak bekalan air sangat rendah menyebabkan peniaga terpaksa bersengkang mata menunggu sehingga sehingga awal pagi untuk mendapatkan bekalan air bersih.

“Isu lain dikemukakan peniagaa adalah permukaan lantai yang licin, merupakan antara isu yang dikemukakan oleh peniaga serta meminta agar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memberi perhatian kepada jubin lantai ini dengan menggantikannya bagi mengelak air bertakung diatas permukaannya.

“Satu lagi runggutan peniaga iaitu kerap kali berlakunya masalah kes kecurian ketika larut malam di sekitar kawasan premis perniagaan serta gerai makanan mereka,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menjalankan tinjauan di sekitar kawasan Anjung Senja, Pasar Malam Sinsuran dan Segama Waterfront di sini malam tadi.

Samitah berkata, DBKK akan berusaha mengambil inisiatif segera untuk meningkatkan tahap keselamatan di kawasan terbabit sekali gus menggantikan lampu yang lebih terang di kawasan berlakunya kes kecurian berkenaan.

“Isu kesesakkan juga menarik perhatian saya ketika berintraksi bersama peniaga di sana. Kita akan menjalin kerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau keadaan ini terutama di waktu tertentu.

“Kita akan tengok pada malam esok terutama di hujung minggu, sama ada inisiatif awal ini berjaya atau tidak…..Kami tidak berjanji kesesakan tidak akan berlaku atau sebaliknya.

“Sekurang-kurangnya, DBKK mempunyai langkah awal ini disamping memberikan gambaran awal termasuk berusaha mencari inisiatif lain untuk mengatasi kesesakkan di kawasan pasar malam ini serta kawasan-kawasan lain yang menjadi tumpuan warga bandaraya,” jelas Sabin.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles