Rumah Anak Yatim Bahitul Hidayah Kudat jadi pusat jana modal insan – Awang Lahaji

KUDAT: Rumah Anak-anak Yatim Bahitul Hiidayah Kudat yang ditubuhkan pada awal tahun 2016 yang diasaskan oleh bekas Pegawai Daerah Kudat Datuk Haji Sapdin Ibrahim bukan sekadar menjadi pusat perlindungan kepada anak-anak yatim tapi ia juga berperanan menjadi pusat untuk menjana model insan yang berkualiti untuk menghadapi cabaran akan datang.

Advertisements

Pada asalnya Rumah Anak Yatim Bahitul Hidayah ini mula beroperasi di sebuah bangunan kerajaan yang kosong dan menempatkan sekitar 12 orang anak-anak yatim dari daerah itu.

Dengan usaha serta insiatif pihak pengurusan rumah ini pada tahun 2019 Rumah Anak Yatim Bahitul Hidayah mendapat permisnya sendiri di tapaknya sendiri berhampiran masjid daerah Kudat

Di bangunan baru ini, Rumah Anak Yatim Bahitul Hidayah mampu meningkatkan pengambilan penghuni baru dimana buat masa ini seramai 29 orang anak yatim iaitu 29 lelaki dan 12 wanita menghuni di rumah ini yang datangnya dari daerah Kudat, Pulau Banggi dan Lahad Datu

Pengurus yang juga Setiausaha Rumah Anak Yatim Bahitul Hidayah Awang Lahaji Rokimin berkata Rumah perlindungan ini bukan sahaja sebagai pusat jagaan bagi kanak-kanak yatim yang kehilangan ibubapa menjaga dan mempastikan kebajikan mereka terjaga lebih jauh dari itu Pusat ini turut turut memberikan perhatian serta penekanan kepada aspek Pembangunan Pendidikan agama dan akdemik demi masa depan mereka.

“Kita mahu melahirkan modal insan untuk masa hadapan yang bukan sahaja cemerlang dalam akedemik malah cemerlang juga dari sudut akhlak serta peribadi mereka melalui Pendidikan agama Islam” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Wanita Usia Sabah dalam program Jelajah Wanita Usia Pusat di sini pada selasa lepas.

Menurut beliau sejak kewujudan pusat jagaan Rumah Anak Yatim Bahitul Hidayah ada penghuninya sudah berjaya memasuki institusi perguruan, tiga orang berjaya melanjutkan pengajian di Maktab Rendah Sain Mara Kinarut,seorang memamsuki Maktab Tentera di Perak dan seorang mengikuti pengajian di Pusat Tafiz Bubuh Sikuati,

“ Kami sering menekankan akan kepentingan Pendidikan untuk masa depan mereka dengan mengakhis sifat rendah diri dan kemampuan mereka sebagai anak yatim , justeru apa yang mampu kami lakukan dan bantu kami pastikan aspek Pendidikan mereka tidak terabai demi masa depan ,kita akan usahakan sebaik mungkin sehingga mereka berjaya” jelas Awang Lahaji.

Diajukan soalan bagaimana Rumah Anak Yatim Bahitul Hidayah mampu mengurus rumah tersebut terutamanya dari aspek kebajikan makan minum dan sebagainya Awang Lahaji berkata selain bantuan gran dari kerajaan sumber-sumber kewangan dari badan-badan NGO, syarikat koprat, tokoh politik dan individu turut membantu pusat tersebut memperolehi sumber kewangan yang dimanafaatkan untuk pengurusan dan kebajikan penghuni dan petugas di pusat ini.

“Saya yakin sokongan berterusan dari Kerajaan badan-badan NGO,Syarikat Koprat dan individu Pusat ini akan terus bertahan dan berpotensi untuk mencapai kecermelangan dalam pelbagai bidang dan secara langsung berjaya membantu anak-anak yatim yang kurang bernasib baik untuk berjaya dalam hidup”, katanya

Awang Lahaji menambah bukan sekadar bantuan kewangan yang diperlukan oleh Pusat ini, namun dari sudut bantuan lain pusat ini amat mengalu-alukan seperti ada badan badan NGO atau pihak Unversiti mahu mengadakan klas bimbingan kem mitovasi, seminar dan sebagainya untuk anak-anak Yatim dipusat ini amat dialu-alukan.

Terkini ialah lawatan Wanita USIA Sabah yang diketuai oleh Ketuanya Datuk Hajah Siti Aminah Aching bersama rombongan dalam program jelajah Wanita Usia ke pusat tersebut bukan sahaja beramah mesra bersama penghuni dan petugas di pusat ini tapi turut menghulurkan sumbangan kewangan untuk Rumah Anak Yatim Bahitul Hidayah dan penghuninya.

“Kami amat berterima kasih kepada Wanita Usia Sabah atas sikap cakna dan sentuhan ini bukan sahaja merapatkan hubungan silatulrahim dikalangan penghuni dan petugas di rumah ini, namun ziarah ini turut memberikan dorongan mitovasi kepada anak-anak yatim di pusat ini,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles