Pelihara kepelbagaian kaum elak keruhkan keharmonian – Siti Aminah

KUALA PENYU: Rakyat di negeri ini diingatkan agar tidak memandang ringan soal menjaga hubungan antara masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di negara ini kerana ia bukan sesuatu yang mudah untuk dikekalkan.

Advertisements

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Siti Aminah Aching berkata, walaupun kini rakyat Malaysia bertuah kerana masih dapat meraikan pelbagai perayaan termasuk Krismas, Hari Aidil Fitri dan Tahun Baharu Cina dengan penuh harmoni dan aman, namun keadaan mungkin tidak sentiasa begitu.

Ini kerana, katanya, ada pihak yang cuba mengeruhkan keharmonian ini untuk tujuan tertentu, sehubungan itu semua pihak diharap tidak membiarkan diri mereka terhasut dengan perkara sebegitu.

“Di dalam sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum, agama, khsususnya di Sabah yang memiliki lebih dari 33 etnik kita dapat meraikan kepelbagaian ini, dengan penuh keharmonian dan keamanan. Ini merupakan satu perkara yang biasa bagi kita.

“Tetapi ia tidak sentiasa begitu. Menjaga hubungan antara rakyat berlainan kaum dan agama, budaya, bukanlah satu perkara yang mudah dan kita tidak boleh pandang ringan perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas mengagih-agihkan sumbangan hamper dam kewangan sempana sambutan krismas di 23 buah gereja di daerah Kuala Penyu kemarin.

Sehubungan itu, Siti Aminah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menyeru seluruh rakyat untuk sama-sama berikrar untuk saling menjaga keharmonian, kestabilan dan keamanan di negara ini.

Beliau turut berharap seluruh rakyat dapat meneruskan tradisi mengunjungi rumah terbuka rakan dan taulan sempena sambutan krismas tahun ini.

“Teruskanlah budaya kunjungi mengunjungi berkongsi perayaan .ambillah peluang untuk kukuhkan lagi tali persaudaraan sesama kita rakyat Malaysia” katanya.

Menurut beliau Keharmonian dan perpaduan kaum amat penting untuk menjana kestabilan politik dan kemajuan negara dalam merealisasikan Masyarakat Malaysia Madani.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles