Sabah Hampiri Sifar Kes Covid-19

KOTA KINABALU: Sabah semakin menghampiri sasaran sifar kes penularan tempatan COVID-19, meskipun masih berlaku jangkitan di beberapa daerah negeri ini.

Advertisements

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun berkata hari ini negeri ini hanya mencatatkan 29 kes positif baharu Covid-19.

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi laman Twitternya, hari ini.

Kes ini merupakan terendah pernah direkodkan di Sabah sejak gelombang ketiga Covid-19 melanda negara pada penghujung September tahun lalu.

Masidi berkata hanya satu kes dilaporkan di bandaraya Kota Kinabalu hari ini manakala Nabawan mencatatkan kes tertinggi, dengan 11 kes.

Sehingga kini, kumulatif kes Covid-19 di Sabah sebanyak 53,932 kes.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles