Anwar masih menjadi harapan rakyat Sabah biarpun ada pihak cuba meremehkan pencapaian satu tahun – Aktivitis Politik

KOTA KINABALU: Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke Tenom bagi menyempurnakan upacara pecah tanah projek empangan hidroelektrik bernilai RM4 bilion di Ulu Padas pada Khamis, pentadbiran beliau baharu mencecah usia satu tahun.

Advertisements

Walaupun telah berusaha sedaya upaya, namun terdapat segelintir rakyat negeri ini seolah-olah “meremehkan” pencapaian Perdana Menteri dalam tempoh sesingkat itu khususnya berkaitan kepentingan rakyat
Sabah dalam MA63.

Terdapat juga pemimpin yang tiba-tiba semakin lantang meneruskan sisa sisa perjuangan politik mereka terutama isu membabitkan MA63 bagi mengaburi mata rakyat dengan memberi bayangan Perdana Menteri seolah olah tidak ada melakukan apa-apa yang baik untuk Sabah.

Menurut para pemerhati politik tempatan, suara-suara lantang ini hampir tidak kedengaran semasa pemerintahaan persekutuan terdahulu yang dipelopori Perikatan Nasional (PN) selama tiga tahun.

Hanya apabila Anwar menjadi Perdana Menteri dan seterusnya melantik Timbalan Perdana Menteri dari Borneo dan memberi kebebasan kepada rakyat bersuara, pemimpin-pemimpin yang dulu menyepi itu mula berani, lantang dan ingin mendapat perhatian rakyat sebagai pejuang sebenar MA63 terutama menjelang pilihan raya negeri yang diwar-warkan bakal diadakan lebih awal.

Benarkah Anwar tidak berbuat apa-apa untuk kebaikan rakyat Sabah dalam tempoh satu tahun yang lepas ?

Menulis penganalisis politik, Musli Oli, rakyat Sabah perlu menilai pencapaian Perdana Menteri secara objektif dan berdasarkan fakta dan bukan terpengaruh dengan kenyataan retorik politik atau drama politik semata-mata.

Beliau berkata antara berita baik yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk Sabah ialah menambah peruntukan dalam Belanjawan 2024 untuk pembangunan di negeri ini kepada RM6.6 bilion.

Kerajaan Perpaduan Persekutuan juga telah menurunkan kuasa pelaksanaan projek pembangunan di bawah nilai RM50 juta kepada agensi teknikal di kedua-dua negeri itu bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek-projek terlibat.

Selain itu, Kerajaan Perpaduan juga telah meningkatkan kadar pemberian khas interim untuk Sabah kepada RM300 juta, berbanding RM125.6 juta sahaja bagi Sabah sebelum ini.

Ini tidak termasuk penyerahan SESB kepada kerajaan Sabah, peruntukan RM40 juta bagi meningkatkan infrastruktur dan fasiliti terutama kuarters petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di Lahad Datu dan peruntukan RM320 juta bagi menyelesaikan masalah jangka pendek bekalan air di Sabah, katanya.

Selain itu, Musli berkata Perdana Menteri mengamanahkan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof untuk menyelesaikan tunggakan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dan meskipun belum tertunai sepenuhnya usaha ke itu sedang dibuat dibawah kerajaan Perpaduan Persekuiuan.

Berdasarkan pengamatannya, Musli berpendapat pencapaian Anwar selama satu tahun untuk membawa pembangunan Sabah merupakan terbaik sebagai Perdana Menteri setakat ini secara relatif berbanding mana-mana perdana menteri sebelum ini dalam satu tahun pertama pemerintahaan.

Beliau menjangkakan lebih banyak pembangunan akan dibawa oleh Perdana Menteri ke Sabah dalam tahun-tahun mendatang.

“Kata orang Kota Rom tidak dibina dalam sehari, saya percaya Anwar boleh melakukan yang terbaik untuk Sabah,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles