PEKADIN cadang Program Bantuan Persekolahan kerajaan Sabah diperluas kepada pelajar menengah B40

KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (PEKADIN) mencadangkan supaya
pemberian Bantuan Persekolahan sebanyak RM26.06 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 diperluaskan kepada pelajar sekolah menengah, khususnya golongan B40.

Advertisements

Naib Presiden PEKADIN Simon Molubi berkata ini kerana terdapat pelajar sekolah meengah luar bandar yang masih berada dalam kategori miskin atau miskin tegar.

“Baru-baru ini, kita digemparkan dengan kisah seorang pelajar dari Kiulu yang menghadapi kesukaran untuk menghadiri majlis penyampaian anugerah cemerlang bagi lepasan tingkatan 6 kerana masalah kewangan.

“Ini membuktikan terdapat keperluan untuk memperluaskan program bantuan persekolahan itu kepada pelajar sekolah menengah golongan B40 dan bukan terhad kepada pelajar sekolah rendah,” katanya.

Simon berkata demikiab ketika mengulas pembentangan Belanjawan Sabah 2024 Jumaat lepas, terutama yang berkaitan pendidikan.

Ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2024 itu, Menteri Kewangan Datuk Masidi Manjun mengumumkan peruntukan sebanyak RM26.06 juta untuk tujuan itu yang melibatkan 1,075 buah sekolah rendah di seluruh Sabah.

Menurut Masidi, ia dijangka memberi manfaat kepada 291,414 orang murid di Sabah, yang menyaksikan bantuan meningkat kepada RM1.51 juta untuk tahun 2024 berbanding 2023.

Simon berkata PEKADIN menyokong penuh program tersebut dan berharap pelaksanaannya dibuat secara telus.

Beliau berkata kerajaan negeri wajar memantau program itu selain memastikan kualiti bantuan pakaian seragam dan kasut sekolah, alat tulis serta botal air yang disampaikan oleh pembekal mempunyai kualiti yang baik.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles