SRS Kampung Bandulan KK Juara SRS Peringkat Kebangsaan 2023

KOTA KINABALU: Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kampung Bandulan Kota Kinabalu diumumkan sebagai juara SRS peringkat kebangsaan 2023.

Advertisements

SRS Kampung Bandulan menerima wang tunai RM10,000 berserta piala serta sijil disampaikan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang.

Ketua Peronda SRS Kampung Bandulan, Hasbi Udin menjadi wakil menerima hadiah tersebut sekali gus membuktikan perkhidmatan SRS ini mendapat penghargaan di peringkat kebangsaan.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Bandulan, Ramlie Ungking berkata, penghargaan ini merupakan satu pencapaian diluar jangka berikutan ia dinilai bersama-sama SRS di seluruh negara.

Katanya, sejarah penubuhan SRS bermula pada 2003 meliputi kawasan rondaan sekitar Taman Perumahan Indah Permai serta menjaga kawasan Kampung Bandulan Sepanggar.

“Pengiktirafan ini sangat besar lebih lagi kemenangan diraih di peringkat kebangsaan ia sudah tentu menjadi kebanggaan kepada pucuk pimpinan di negeri ini.

“Kemenangan ini menunjukkan SRS lain di negeri Sabah mampu bersaing dengan SRS di seluruh negara sekali gus memperlihatkan perkhidmatan SRS Kampung Bandulan diiktiraf di peringkat kebangsaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ramlie berkata, beliau turut memberikan perhargaan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Perpaduan Negara dan Intrgerasi Nasional (JPNIN) sejak penubuhan selama ini.

“Kita bersedia berkongsi pengalaman serta corak gerak kerja dengan beberapa SRS di seluruh Sabah bagi memberi peluang kepada mereka menerima anugerah seperti ini.

“Dalam tempoh sama SRS Kampung Bandulan bersedia mempertahankan anugerah ini serta meningkatkan lagi perkhidmatan untuk masyarakat setempat di masa depan,” jelas Ramlie.

Beliau menambah, penganjuran program melalui Kementerian Perpaduan Negara bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada KRT cemerlang dan banyak menyumbang  kepada pembangunan komuniti setempat.

Selain itu, katanya, ia juga bertujuan membangun ekonomi Rukun Tetangga yang berdaya maju, berinisiatif dan berdaya cipta untuk pembangunan komuniti lestari, mampan dan progresif.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles