Keahlian baharu bertambah, UMNO masih ada pendukung – Azuwan

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA BELUD: Walau pun dilabel sebagai sebuah parti tidak popular terutama dalam kalangan anak muda, UMNO masih relevan apabila lebih 150 orang yang majoirtinya anak muda memohon menjadi ahli baru parti itu di bahagian Kota Belud.

Ketua UMNO bahagian Kota Belud Azuwan Marjan Norjan berkata ini membuktikan UMNO sebagai parti keramat masih relevan di kalangan anak muda yang memilih UMNO sebagai wadah perjuangan politik.

“Ini satu petunjuk positif yang parti kita masih ada pendukungnya, masih ramai ingin menyertai parti ini, dan UMNO sentiasa terbuka,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat penaja UMNO cawangan Melungkut, dekat sini pada Isnin.

Menurut Azuwan, bagi menarik lebih ramai anak muda menyertai UMNO pendekatan yang lebih holisitik perlu dilakukan untuk golongan itu sesuai dengan citarasa mereka.

“Peranan ini boleh dilakukan oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO dengan pendekatan yang lebih efisen selari dengan cita rasa golongan muda samaada melalui penganjuran program-program sukan, kebajikan Pendidikan dan sebagainya,” katanya.

Menurut Azwan lagi amanah untuk mendekati dan memikat hati golongan pengundi 18 tahun ini bukan semata-mata terletak di bahu pergerakan Pemuda atau Puteri UMNO namun ianya menjadi tanggungjawab semua pemimpin akar umbi.

Sehubungan itu, beliau berkata, seluruh kepimpinan bahagian perlu fokus dan komitmen bagi memastikan mereka menjadi pengundi parti dan membina idealisme supaya memahami hakikat perjuangan sebenar UMNO.

“Ramainya ahli ini tidak akan bermakna sekiranya tidak dapat digemblengkan usaha menggerakkan mereka untuk bersama dengan agenda parti dan diterjemahkan ke dalam kertas.

“Jadikanlah mesyuarat penaja ini sebagai pentas menyuntik kefahaman terhadap isu yang melingkari lingkungan.

“Paling penting mencari pendekatan baharu untuk meraih dan mengembalikan sokongan dan keyakinan terhadap UMNO,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles