Selesaikan segera pelaksanaan projek lebuh raya Pan Borneo di Sabah – Bung

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin meminta Kerajaan Pusat agar memberikan perhatian serius untuk meluluskan peruntukan kewangan bagi memboleh pelaksanaan projek lebuh raya Pan Borneo di negeri itu dapat diteruskan.
Katanya berbanding dengan Sarawak jajaran lebuh raya Pan Borneo kini hampir seratus peritus siap , di Sabah fasa 1 yang mengandongi 19 pakej malangnya masih bergelut dengan masalah peruntukan kewangan menyebabkan projek tersebut terbengkalai.
“Kita belum bercakap jajaran Projek Lebuh Raya Pan Borneo Fasa 2 dari Tamparuli ke Kundasang Fasa 3 dari Tawau,Kalabakan dan Kimanis samada disediakan peruntukan dan bila ia boleh dimulakan, saya sedih dan perkara ini sering saya perjuangkan dan berharap Projek Lebih Raya Pan Borneo fasa 1 di Sabah dalam tempoh dua tahun ini dapat diselasaikan,” katanya ketika mengambil bahagian perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat semalam.
Menurut Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah penyiapan jajaran lebuh raya Pan Borneo sektor Sabah begitu penting bukan sahaja untuk kemudahan perhubungan tetapi juga dapat mengubah landskap ekonomi Sabah yang mempunyai banyak sumber untuk dibangunkan, termasuk sektor pelancongan dan pertanian.

Advertisements

“Memiliki sistem perhubungan jalanraya yang baik bukan sahaja memudahkan perhubungan namun dalam masa yang sama sektor pertanian boleh dimajukan memudahkan rakyat memasarkan ke bandar bandar utama ,begitu juga pelancong akan ramai datang melawat Sabah dimana dengan sistem perhubungan jalanraya yang selesa mudah bagi mereka bergerak melawat beberapa tempat menarik di negeri ini dan ini sudah tentu turut memberikan pulangan ekonomi kepada negeri dan rakyat,” katanya.

Tambah Bung bukan sahaja infrastruktur asas jalan raya perlu diambil perhatian, isu bekalan air bersih dan elektrik juga perlu diambil perhatian serius oleh kerajaan pusat dengan menyediakan peruntukan yang lebih tinggi untuk menangani isu yang sudah sekian lama membelanggu kehidupan rakyat Sabah.

“Isu bekalan air bersih bukanlah sesuatu yang mudah, saya pernah mencadangkan agar Jabatan Air Sabah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi memudahkan penyaluran peruntukan, bagaimanapun Kerajaan Negeri memilih untuk mengurus sendiri isu bekalan air di Sabah tapi akhirnya apa yang kita temui hanya longgokan duit di dalam kereta, rumah pejabat,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Bung yang juga ADUN Lamag turut menyentuh beberapa isu Pembangunan di kawasan Parlimen Kinabatangan yang beliau wakili antaranya isu bekalan elektrik luar bandar itu di kampung Kulu-Kulu dan Balat dan naik taraf bekalan bersih di kampung Paris yang sudah pun bertahun-tahun dipasang paip namun sehingga kini penduduk belum menerima bekalan air dimana projek ini di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)

Turut disentuh bekalan elektrik ke kampung Litang yang menelan belanja RM 12 juta janakuasanya sudah dipasang bagaimanapun sehingga kini tidak berfungsi menjadikan projek ini seperti projek gajah puteh.

Permohona projek jalanraya ke kampung Kuamut juga turut disurakan dalam perbahasahan ini dimana menurut Bung permohonan sudah bertahun tahun dikemukakan namun sehingga kini belum menerima sebarang kelulusan justeru beliau berharap Kerajaan dapat meluluskan peruntukan dalam belanjawan 2024 ini.

Dalam perbahasan ini juga Bung menyentuh perlaksanaan projek Kompleks Sukan di daerah Kinabatangan dimana menurut beliau projek ini semasa Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjadi Menteri Belia dan Sukan telah disenaraikan untuk dilaksanakan.

“Saya tidak pesti samada peruntukan ini masih tersedia atau sebaliknya , saya minta Kementerian Belia dan Sukan menyemaknya semula, jika tiada saya memohon agar perkara ini diberikan peruntukan oleh Kerajaan Perpaduan hari ini ,demi kemajuan dan pembangunan aktiviti sukan di kawasan Kinabatangan” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles