Henry Saimpon zahir ucapan terima kasih kepada kerajaan Sabah sahut rayuan beri biasiswa kepada Arnie

KOTA KINABALU: Naib presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Henry Saimpon menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Sabah yang telah menyahut rayuan agar pelajar miskin SMK Tun Fuad Stephens, Arnie Jaliusih diberikan biasiswa.

Advertisements

Arnie berjaya menperolehi
Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 dalam peperiksaan STPM tahun lepas.

Pelajar dari kg Sinasag Kiulu itu merupakan antara 10 penerima biasiswa cemerlang kerajaan negeri yang disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di sini hari ini.

Henry berharap pemberian biasiswa itu dalam menyuntik semangat Arnie untuk berjaya dalam arena pendidikan.

Pada Julai lepas, Henry telah merayu kepada kerajaan Sabah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor supaya menawarkan biasiswa kepada bekas pelajar SMK Tun Fuad Stephens itu.

Bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Arnie yang terpaksa meminjam wang dari penduduk kampung bagi membolehkan anaknya menghadiri majlis penghargaan pelajar cemerlang STPM,
Naib presiden KDM itu dipetik sebagai berkata bahawa pencapaian cemerlang Arnie meskipun dari keluarga miskin wajar diberi pertimbangan khas untuk mendapatkan biasiswa.

Henry yang berasal dari kg Bongol, Kiulu berharap impian Arnie, 20, anak kepada penoreh getah itu menjadi seorang guru dapat direalisasikan.

“Saya amat bersimpati dan terkejut apabila saya terbaca di portal berita NST (Khamis) keperitan hidup keluarga Arnie sehingga terpaksa meminjam wang RM120 dari penduduk kampung untuk menghadiri majlis penghargaan itu.

“Bagi saya pelajar cemerlang dari kg Sinasag Kiulu itu wajar ditolong. Mungkin ramai lagi pelajar yang berada dalam situasi yang sama yang memerlukan pembelaan,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini bagi mengulas laporan berita NST itu.

Susulan perkembangan terbaharu itu, Henry dipetik sebagai berkata bahawa sudah tiba masanya KDM Tuaran menperhebatkan “Program Mendekati Rakyat” termasuk golongan muda bagi menyelami dan mendalami keluhan rakyat peringkat akar umbi terutama DUN Kiulu dan Tamparuli dalam masa terdekat.

“Selaras dengan prinsip demokrasi, kami sedang mempertimbangkan untuk melebarkan pengaruh di Kiulu dan Tamparuli sebagai sebahagian daripada persiapan KDM menghadapi pilihan raya negeri akan datang,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles