‘Pertarungan Sailang’ antara gabungan GRS-PH dan Warisan-BN-KDM bakal berlaku?

KOTA KINABALU: Jika tahap keyakinan untuk menang yang dilafazkan oleh Pengerusi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Hajiji Noor di Tongod baru-baru ini diambil sebagai perkiraan, pilihan raya negeri akan datang pasti menarik.

Advertisements

Apa yang dilihat sebagai penyuntik semangat, Hajiji menyatakan keyakinan bahawa gabungan itu boleh memenangi pilihan raya negeri akan datang dengan mengambil kira kerjasama sedia ada yang baik antara parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) negeri.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula berkata parti itu sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan parti lain, termasuk UMNO dan KDM demi kepentingan rakyat Sabah,

Walaupun tiada yang mustahil dalam arena politik, ramai pemerhati politik percaya bahawa “Pertembungan Sailang” antara GRS PH dan kumpulan Warisan, BN, dan KDM tidak dapat dielakkan berdasarkan senario politik terkini.

Ramai yang percaya bahawa kedua-dua GRS PH dan Warisan BN KDM mempunyai peluang yang sama (50-50) untuk memenangi pilihan raya Sabah akan datang.

Aktivis politik tempatan Musli Oli berpendapat bahawa walaupun gabungan pemerintah GRS PH kelihatan berada di posisi yang lebih baik untuk mengekalkan kuasa, “kita tidak boleh sama sekali mengetepikan peluang gabungan Warisan, BN, dan KDM meraih kemenangan mengejut, memandangkan Warisan dan BN mempunyai kekuatan tersendiri, khususnya di bahagian pantai timur Sabah.

Menurut Musli, Warisan, BN dan KDM masing-masing mempunyai penyokong tegar mereka sendiri yang mungkin boleh
menganggu-gugat kehebatan jentera pilihan raya GRS PH pada pilihan raya negeri yang akan datang.

“Sebagai contoh, KDM melakar kemenangan mengejut apabila calon parti itu menewaskan Presiden PBS di kawasan Parlimen Kota Marudu…kubu kuat PBS (GRS) pada pilihan raya umum lalu.

“Selain masalah infrastruktur asas seperti air dan elektrik, kenaikan harga barang keperluan asas turut menjejaskan sikap rakyat.

“Saya tidak nampak kesungguhan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah rakyat sehingga kini,” katanya.

Musli yang juga seorang penulis dan penerbit buku khususnya berkaitan politik semasa di Sabah berkata amat sukar untuk menyatakan parti mana yang benar-benar berada di kerusi pemandu buat masa ini, dan hanya masa akan menentukan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles