Gagasan Rakyat Anjur Pertandingan Mencipta Video Kreatif

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) melancarkan Pertandingan Mencipta Video Kreatif di perkarangan ibu pejabat Gagasan Rakyat di Alam Masra pada Jumaat.
 
Pertandingan itu dianjurkan  oleh Biro Latihan Gagasan Rakyat, terbuka kepada warganegara Malaysia di Sabah.
 
Pengerusi pertandingan itu, Datuk Haji Abdul Kassim Razali berkata, pertandingan itu dibahagikan kepada  2 kategori iaitu kategori Umur 18 hingga 38 tahun dan kategori 39 tahun ke atas.
 
Menurutnya, pertandingan itu menawarkan hadiah lumayan kepada pemenang dengan hadiah keseluruhan bernilai sekitar RM50 ribu.
 
Katanya, pemenang johan setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai RM8 ribu dan trofi. Tempat kedua akan menerima hadiah wang tunai RM5000 dan trofi.
“Sementara pemenang tempat ketiga akan menerima wang tunai RM3000 dan trofi. Selain itu, 5 hadiah istimewa juga akan diberikan yang masing-masing berupa wang tunai RM500 dan trofi”, katanya kepada media selepas majlis pelancaran itu, hari ini.
 
Abdul Kassim berkata, pertandingan itu bertujuan untuk menggalakkan penduduk di Sabah yang mempunyai minat dalam mencipta video pendek kreatif untuk mempamerkan bakat dan kemahiran mereka.
 
 
Menurutnya, tema pertandingan ialah ” Kita Orang Sabah” dan video pendek yang dihasilkan boleh berkisar tentang tradisi dan budaya orang Sabah, kekayaan alam semula jadi di Sabah, pencapaian rakyat Sabah dan apa juga keadaan yang mempamerkan keindahan negeri Sabah.
 
Katanya, tempoh dan tarikh penyertaan bermula dari 9 September 2023 hingga 8 Disember 2023.
 
Abdul Kassim berkata, sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor 017-8200232 atau email vcc.pgrs2023@gmail.com.
 
Turut hadir hadir pada majlis pelancaran itu ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Naib-Naib Presiden, Datuk Dr.Haji Mohd Arifin Mohd.Arif, Datuk Rubin Balang dan Datuk  Masiung Banah dan kepimpinan Gagasan Rakyat Negeri.
 
Sementara itu, Hajiji turut mempengerusi Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat di bilik mesyuarat utama parti itu.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles