Gagasan Rakyat adakan mesyuarat bahagian secara berperingkat bermula 23 September

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan mengadakan mesyuarat bahagian secara berperingkat bermula 23 September hingga 15 Oktober depan.

Advertisements

Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Hajiji Noor berkata mesyuarat perhimpunan agung parti yang pertama pula diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini selama dua hari bermula 13 Novemver.

Beliau berkata semua perwakilan dari 23 bahagian akan menghadiri mesyuarat agung itu.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata jumlah keahlian Gagasan Rakyat kini mencecah 300,000 orang.

“Sambutan rakyat terhadap Gagasan Rakyat amat menggalakkan dan dalam masa beberapa bulan sahaja, jumlah ahli kini mencecah 300,000 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat hari ini.

Beliau turut menamakan Rosli Awang Damit sebagai Ketua Penaja PGRS Bahagian Labuan.

Mengulas lawatan Duli Yang Maha Mula Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Sabah bermula 3 September dan berakhir semalam, Hajiji berkata kerajaan Sabah amat teruja dan gembira dengan lawatan pasangan diraja itu.

Katanya Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah menzahirkan rasa terharu, tersentuh dan gembira dapat melalui jalan Pan Borneo dan bertemu rakyat sepanjang Kembara Kenali Borneo.

Hajiji berkata Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut menyatakan kesediaan membawa perkara yang difikirkan perlu, termasuk keluhan rakyat kepada pihak pucuk pimpinan kerajaan persekutuan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles