Oleh Penulis Bebas ASB
SANDAKAN: Siapa tidak kenal blogger Julin Luin seorang penulis Picisan yang dikatakan terkenal dengan tulisan provokasi, fitnah, auta dan tidak berfakta.
Penulis yang boleh dilebalkan “syok sendiri”(SS) ini, baginya antara fakta dan fitnah semua itu tidak penting asalkan ada bahan untuk ditulis baik di blog atau dimuatnaik di halaman sosial (FB) sebagai bahan persembahan kepada pemimpin GRS tertentu untuk mengemis demi sekotak rokok Dunhill.
Menurut seorang Natizen Idris Selamat, Julin adalah penulis picisan yang menulis secara membabi buta tanpa fakta sehingga tulisan beliau kurang mendapat kesukaan “ Like” di media sosial kalau pun ada komen seorang dua dan selepas itu Julin membalas untuk mempertahankan tulisannya seolah-olah hanya beliau sahaja yang cerdik dan suka memperbodohkan orang lain.
Terbaru pada dalam hantaran Jalin di media sosial (FB) , beliau cuba mempertikaikan kewibawaan bekas Timbalan Ketua Menteri yang juga bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang didakwanya gagal menyelasaikan masalah jalanraya di Sabah sejak Bung menerajui Jabatan Kerja Raya (JKR)
Ahli Mesyuarat yang juga ahli jawatankuasa kelab Veteran UMNO Bahagian Kinabatangan Lila Haji Kamrun turut memberikan maklum balas (respond) terhadap hantaran Jilun di Media Sosial tentang dakwaannya Bung gagal menyelasaikan masalah jalanraya di Sabah dengan mengariskan beberapa fakta yang telah Bung lakukan semasa menjadi Menteri Kerja Raya walaupun kurang daripada 2 tahun beliau menjawat jawatan tersebut.
Menurut Lila antara tindakan yang lakukan oleh Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin semasa menjadi Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya adalah seperti berikut,
- Penyiapan persimpangan bertingkat (Fly Over) di batu 32 Sandakan yang terlewat dari jadual asal siap adalah atas daya usaha Bung.
- Penyiapan Lebuh raya Pan Boorneo antara batu 32 ke Kinabatangan juga adalah atas daya usaha Bung yang mendesak kerajaan dan kontraktor agar dapat mempercapatkan tempoh penyiapanya.
- Projek Lebuhraya Pan Borneo Zon Timur Jajajaran Sandakan-Kinabatangan-Beluran-Telupid yang melibatkan tiga pakej iaitu pakej 28,29 dan 30 sepanjang 58 kilometera dengan anggaran kos pembinaan RM877 juta yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Ke 10 Datuk Sri Ismail Sabri pada 16 November 2021 adalah atas usaha Bung dimana projek tersebut kini sedang dalam perlaksanaan.
- Selain itu, Bung semasa menjadi Menteri Kerja Raya adalah antara pemimpin yang aktif beliau bukanlah seorang pemimpin yang hanya tahu duduk dikerusi ampok di pejabat . Sepanjang beliau menjadi Menteri beliau telah menjelajah ke seluruh daerah melihat dan mengenal pasti masalah insfrastruktur asas terutamana jalanraya, air dan bekalan elektrik.
- Semasa menjadi Menteri Kerja Raya Bung juga sentiasa cakna tentang kemajuan perlaksanaan Projek Pan Borneo dan saban kali turun padang untuk melihat kemajuan pelaksanaanya tidak seperti Menteri sekarang hanya kerana ada isu besar atau pun lawatan pembesar negara barulah turun padang untuk memantau kemajuan pelaksanan yang berkaitan dengan Kementerian Kerja Raya.
- Semasa menjadi Menteri Kerja Raya juga, Bung melalui Kementerian Kerja Raya telah membawa beberapa cadangan berhubung dengan peningkatan taraf insfrastruktur asas seperti jalanraya dan bekalan air di Sabah kepada Kerajaan. Bagaimanapun di peringkat kementerian hanya mengemukakan beberapa cadangan kuasa untuk meluluskan bukannya terletak di tangan Menteri Kerja Raya sebalik Kementerian Kewangan yang ketika itu Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor juga merupakan Menteri Kewangan.
Tambah Lila ini adalah sebahagian dari usaha yang telah Bung lakukan semasa dalam Kerajaan dan ianya merupakan fakta, justeru tulisan Jalin lebih bersifat presepsi beliau tanpa berasaskan fakta.
Bagi pengarah Komunikasi dan Strategik UMNO Sabah Datu Rosman Datu Ahir Zaman , penulis bernama Jalin perlu menjadi seorang penulis yang bertanggungjawab dan menulis berdasarkan fakta bukannya merapu demi mempertahankan sesebuah parti yang beliau sokong.
Menurut beliau ,Jalin adalah antara Cybertoopers upahan pihak pihak tertentu untuk menyerang parti Warisan dan UMNO demi mempertahankan GRS bagaimanpun menurut Datu Rosman seorang penulis bebas menulis tapi perlu berfakta bukannya dalam bentuj provokasi dan fitnah yang melampau yang akhirnya akan menimbulkan masalah kepada penulis untuk diherat ke mahkamah jika didapati tulisan tersebut lebih berunsurkan fitnah
“Jadilah penulis bijak dan berilmu ibarat pepatah “ Cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar ,jika tidak ada ketikanya tulisan akan memakan tuannya,” katanya.