Sokong presiden untuk bangkit perkasakan UMNO ~ Siti Aminah

KOTA KINABALU: Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Siti Aminah Haji Aching mengajak anggota parti semua peringkat negeri, bahagian dan akar umbi supaya mendukung usaha yang dilakukan oleh kepimpinan pusat untuk menyelesaikan masalah menurunnya reputasi sokongan kepada UMNO/BN dalam PRN di enam negeri baru-baru ini.

Advertisements

Katanya mendesak presiden berundur belum tentu dapat menyelesaikan masalah, selain tindakan tersebut akan diambil pihak lawan untuk terus menabur presepsi kepada rakyat khususnya ahli parti yang UMNO kini berada dalam kedudukan yang lemah yang boleh memberikan kesan kepada parti.

“Atas dasar ini, kita berharap kepada kepimpinan negeri, bahagian serta akar umbi bahawa dukungan harus diberikan kepada kepimpinan pusat khususnya institusi presiden untuk memperkasakan parti,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini kemarin.

Menurut Siti Aminah yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Komuditi kesepaduan antara pemimpin pusat serta anggota di peringkat negeri, bahagian dan cawangan adalah penting bagi memastikan parti terus kukuh.

“Ini kerana parti akan berhadapan dengan peperangan yang lebih besar lagi iaitu Pilihanraya Umum ke 16 akan datang,” katanya.

Katanya,kesiapsiagaan UMNO dalam menghadapi PRU-16 lebih penting ‘sebab itu dalam UMNO perlu ada kesatuan yang kukuh dalam semua saf kepimpinan parti’

“Kita akan berhadapan dengan PRU yang lebih besar pada masa akan datang justeru tugas ahli parti bukan sahaja memberikan ‘roh’ dan semangat, tetapi juga perlu diisi dengan tindakan taktikal yang dapat menjamin kemenangan,” tegas Aminah.

Sehubungan itu , elas Ahli Parlimen Beaufort itu, semua pihak dalam UMNO berhentilah menunding jari antara satu sama lain dan tidak melayani sebarang desakan yang meminta Zahid meletakkan jawatanya yang kebanyakanya desakan tersebut datangnya dari orang luar dari parti (UMNO).

“Masanya tiba untuk kita berpaut kembali, melihat kelemahan atau kesilapan memperbaiki tindakan dan pendekatan yang lebih baik dan berkesan demi kelangsungan perjuangan parti keramat ini,” tambah Siti Aminah.

UMNO Sabah secara rasminya diberi kuasa autonomi bagi menentukan hala tuju perjuangan sendiri setelah usul berkaitan kuasa autonomi UMNO di negeri itu diluluskan ketika pindaan usul mesyuarat khas bersempena Persidangan Agung UMNO 2019.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles