KOTA KINABALU: Kenyataan Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Gerakan Rakyat Sabah(GRS) Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berhubung soal kerjasama antara GRS dan Pakatan Harapan dalam kerajaan Perpaduan akan dikekalkan pada pilihanraya akan datang (PRU) dilihat sebagai kenyataan Double Srandard dan bersifat retorik.
Pengarah Jabatan Pilihanraya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed berkata, ini jelas terbukti ,apa yang berlaku ketika ini di Sabah dimana Kerajaan Sabah pada hari ini tidak boleh dianggap sebagai Kerajaan Perpaduan kerana tidak mematuhi atau pun selaras dengan Kerajaan Perpaduan diperingkat Persekutuan
Katanya, Kerajaan Negeri Sabah hanya ada dua gabungan saja iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah.manakala, katanya, parti-parti lain yang berada di Kerajaan Perpaduan dipusat tidak ada di Sabah.
“Jika ada anggota Kabinet Negeri Sabah yang dikatakan dari UMNO Sabah, saya rasa itu lantikan sendiri dari Ketua Menteri bukannya restu dari UMNO Sabah seperti mana yang diaksanakan sebelum-sebelum ini iaitu meminta nama dari parti yang bergabung.
“Sedangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN pun UMNO letakam seperti parti pembangkang dan dipecahkan kepada dua blok seolah-olah ada orang luar yang menggunakan konsep pecah dan perintah.. kepada kami UMNO Sabah perkara tidak boleh diterima,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini kemarin.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bahawa GRS tidak akan berpisah dengan rakan kerjasama dalam gabungan PH yang membentuk kerajaan negeri ketika ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Menurut Hajiji kedudukan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk bersama PH Sabah juga kekal.
Menurut Jeefrey kalau Hajiji menanggap UMNO Sabah sebagai dalam Kerajaan Negeri kenapa melayan UMNO Sabah seperti pembangkang di Sabah ianya terbukti dari siri Jelajah Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) di Kinabatangan, baru-baru ini.selain serangan-serangan cybertroopers upahan GRS yang terus memperlekahkan dan menghina UMNO dan pemimpinnya di media sosial dan beberapa portal dalam talian kawalan GRS
Menurut Jeefrey yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan seperkara lagi yang tidak lojik dan masuk akal ialah salah satu parti dalam Gabungan PGRS iaitu parti SAPP , dimana presidenya Datuk Yong Teck Lee di peringkat negeri menyokong Kerajaan perpaduan menjadi timbalan Pengerusi PGRS dan dalam masa yang sama di peringkat pusat menyokong PH sebagai parti pembangkang malah menjawat jawatan sebagai timbalan Pengerusi (PH)
“ Bagaimana Hajiji boleh menghalakan cara Yong ini? Tidak ke ini dkatakan Double Srandard atau sememangnya ada agenda lain? Dan kita tidak pasti apakah interpretasi sebenarnya kepada umum khususnya kepada Perdana Menteri selaku Ketua dalam Kerajaan Perpaduan terhadap keikhlasan sejujurnya GRS menyokong Kerajaan perpaduan” Sola Jeefrey
Pada masa sama, Jeffery berkata semua perjawatan dari peringkat DUN, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Ketua Kampung yang menyokong keputusan UMNO Sabah yang lalu ada yang sudah dipecat.
Katanya hanya tinggal segelintir daripada mereka yang sedang ditawarkan untuk menyertai masuk PGRS jika mahu dikekalkan jawatan.
Menurutnya pelantikan baru yang beliau dimaklumkan tidak lagi melibatkan mereka yang menyokong UMNO Sabah.
“Saya dimaklumkan keputusan Kerajaan Perpaduan dipusat tidak boleh lagi memecat mana-mana penjawatan sekiranya ianya orang UMNO Sabah tetapi nampak perkara serta pemintaan dari pusat seperti tidak dipedulikan,” jelasnya.
Jeffery juga menegur kenyataan dibuat beberapa pemimpin GRS yang tidak dapat lagi dibendung sehingga hari ini dengan masih lagi mengeluarkan kenyataan yang menguris hati orang-orang UMNO Sabah seperti perkara ini seolah-olah dibenarkan oleh pemimpin atasan GRS.