PN Sabah sifatkan kenyataan Yong dibuat atas kapasiti SAPP anggota GRS tanpa ambil kira kedudukan di peringkat nasional – Ronald

KOTA KINABALU: Perikatan Nasional (PN) Sabah menegaskan bahawa kenyataan dibuat Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee hanya parti-parti Sabah bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, dibuat atas kapasiti SAPP sebagai anggota Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tanpa mengambil kira kedudukan mereka di peringkat nasional.

Advertisements

Pengerusi PN Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata PN Sabah berpendirian Yong sebagai Presiden SAPP mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan pendirian mereka kepada PN berhubung dengan kenyataan itu.

“PN Sabah juga menegaskan bahawa tiada mana-mana parti yang boleh menghalang parti politik lain, termasuk PN untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Yong dalam kenyataannya baru-baru ini mencadangkan agar GRS meletakkan calon pada kesemua 73 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN akan datang.

Presiden SAPP juga menegaskan bahawa tiada lagi keperluan untuk mengadakan perbincangan atau rundingan dengan parti bukan tempatan untuk dijadikan rakan dalam PRN nanti.

Ronald yang juga Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah berkata sebagai parti gabungan yang mempunyai sokongan paling tinggi dalam PRN 12 Ogos lalu, adalah menjadi hasrat PN untuk memperkukuhkan kedudukannya di negeri-negeri lain termasuk di Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles