SPM 2022: SMK Arshad catat keputusan memberangsangkan

KOTA BELUD: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arshad merekodkan keputusan memberangsangkan selepas mencatat 91.11 peratus lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan pada Khamis.

Advertisements

Keputusan itu sekaligus menunjukkan peningkatan sebanyak 1.37% berbanding catatan 2021.

Seramai 180 calon telah mengambil peperiksaan SPM 2022.

Antara pelajar cemerlang SMK Arshad ialah Heavinius Gunik yang memperolehi 10A, Schultz Raul Jim, Nuranisah Ribin, Nurwafa Eshandra Puteri Bte Thani, Datu Muhammad Dennis Sharuddin yang masing-masing meraih 9A manakala
Advencius Hillbert Johnney mendapat 8A.

Majlis penyerahan keputusan SPM 2022 itu disempurnakan oleh Pengetua SMK Arshad En Yakup Nasip.

Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua PIBG Hasrina Wati Datuk Golkhan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles