Allahyarham Tun Mustapha Letak Asas Kukuh Untuk Pastikan USIA Terus Relevan – Sapawi

KUDAT: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bertekad untuk terus berjuang menjaga kepentingan umat Islam di negeri ini seperti yang diasaskan Tun Datu Mustapha bin Datu Harun .

Advertisements

Oleh itu, Yang-Di-Pertua Usia Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata USIA Pusat akan tetap bersama dengan semua USIA Bahagian, terutama USIA Kudat untuk melihat supaya martabat, imej dan matlamat Pertubuhan itu kekal relevan.

“Kudat ini merupakan tempat yang sangat bersejarah memandangkan di daerah inilah lahirnya seorang Pejuang Ulung Kemerdekaan Sabah iaitu Almarhum Tun Datu Mustapha bin Datu Harun.

“Individu yang bersemangat kental ini juga telah mengilhamkan penubuhan USIA demi untuk memartabatkan perjuangan Islam.  Peranan penting ini telah diteruskan oleh para Pemimpin USIA hinggalah ke era ini,” katanya.

Sapawi berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Forum Malaysia Madani: Keharmonian Dalam Kepelbagaian  Zon Pantai Barat Utara di
Dewan Masyarakat Tun Mustapha, dekat sini.

Beliau berkata Gagasan Malaysia Madani memberi keutamaan kepada soal keyakinan dan kemanusiaan.  

Sapawi berkata Gagasan Malaysia Madani juga bertujuan mengangkat martabat manusia dan menegakkan keadilan.

“Walaupun USIA hanyalah sebuah NGO, tetapi peranan dan tanggungjawab Pertubuhan ini meliputi aspek Pembangunan Ummah serta memelihara hubungan baik dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Negeri Sabah,” katanya.

Antara ahli panel forum itu ialah mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Dr. Amin Senin, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Abdul Rahman Yakub dan Saudara Ustaz Rafaeh Enarji, salah seorang Ahli Majlis Tertinggi  USIA.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles