Dua Suspek Pemungut Hutang, Simbah Cat Merah Berjaya Ditahan

SANDAKAN: Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Sandakan berjaya menahan dua suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan mengugut peminjam wang untuk menuntut bayaran hutang dengan mengunci pagar dan menyimbah cat merah.

Advertisements

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt. Mohd Hamizi Halim berkata kesemuq suspek lelaki masing-masing berumur 19 dan 35 tahun itu ditahan di Taman Sejati, dekat sini, pada pagi kelmarin.

Tangkapan dibuat selepas polis menerima aduan daripada seorang mangsa yang pagar depan rumahnya dikunci serta disimbah cat merah di Taman Bahagia, disyaki perbuatan khianat pada 16 Mei lepas, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Hamizi berkata siasatan mendapati kejadian disyaki dilakukan oleh pemberi pinjaman wang online ( Ah Long ) yang mahu menuntut hutang daripada mangsa.

Pemberi pinjaman wang online (Ah Long) telah mengupah suspek untuk melakukan jenayah itu, katanya.

Beliau berkata suspek mula beroperasi sejak akhir tahun lalu menumpukan mangsa di sekitar daerah Sandakan dan Lahad Datu.

Dengan kejayaan tangkapan tersebut suspek, polis berjaya menyelesaikan lima kes yang dipercayai dilakukan oleh suspek, katanya.

Mohd Hamizi berkata semakan rekod jenayah mendapati suspek berumur 35 tahun mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Kedua-dua suspek telah direman sehingga 4 Jun.

Kes disiasat mengikut seksyen 5 ( 2 ) Akta Pemberi Pinjam Wang ( APPW) 1951 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Mohd Hamizi menasihatkan orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan tawaran skim pinjaman selain dari syarikat perbankan dan meneliti perjanjian sebelum membuat sebarang pinjaman dari Ahlong atau pemberi wang tanpa lesen, jangan sewenangnya muat turun aplikasi yang mencurigakan.

“Disamping itu, sentiasa menukar semua kata laluan perbankan internet, akaun e-wallet dan media sosial sebagai langkah keselamatan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles