Kerajaan Luluskan RM3 Juta Untuk Tangani Segera Masalah Air UMS

KOTA KINABALU: Kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM3 juta kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi menangai masalah air yang dihadapi para pelajar universiti itu.

Advertisements

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata langkah itu penting bagi memastikan kehidupan dan pembelajaran para pelajar terbabit tidak terjejas.

“Saya ambil alih jawatan Perdana Menteri dengan keadaan hutang negara berada pada paras RM1.5 trilion, saudara-saudara (warga pelajar UMS) saya anggap seperti anak-anak sendiri dan dalam beberapa hari ini wang itu akan disalurkan bersama kerajaan negeri.

“Kita tidak mahu keadaan ini (masalah air) menggangu mahasiswa-mahasiswi di sini…ini tanggungjawab kerajaan persekutuan,” katanya.

Anwar berkata demikian pada sesi Bual Bicara Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia di kampus induk UMS di Likas hari ini.

Beliau menjawab soalan presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS Razman Durhan yang ingin tahu langkah yang telah diambil oleh kerajaan berhubung isu kecurian air oleh pendatang tanpa izin sehingga UMS membelanjakan sekitar RM690, 000 bagi membiayai kos membuat gerudi air bawah tanah.

Ditanya mengenai tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap wang rampasan skandal Jabatan Air Sabah, Anwar berkata beliau telah meminta SPRM memberi penjelasan ‘ke mana wang itu dan kenapa tindakan susulan tidak diambil’.

“Saya tidak boleh bercakap bagi pihak SPRM, saya cuma boleh minta SPRM jalankan tugas dengan telus,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan bersedia mempertimbangkan untuk menambah kuota peluang pekerjaan kepada OKU di agensi kerajaan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles