BEAUFORT: UMNO/Barisan Nasional perlu dalam setuasi siap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) walaupun ianya akan berlangsung dalam jangkaan kurang dua tahun dari sekarang.
Pengarah Jabatan Pilihanraya UMNO Sabah Jeffery Nor Muhamad berkata, kesiapsagaan serta persediaan lebih awal akan memudahkan gerak kerja bagi menghadapi PRN tanpa menunggu disaat-saat akhir.
Katanya persediaan itu merangkumi aturan strategi untuk menggerakkan seluruh kekuatan jentera akar umbi parti bersama parti-parti komponen BN yang lain.
“Gerak kerja jentera adalah melalui Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing terutama di kawasan-kawasan tumpuan yang mana kerusinya BN kecundang atau mempunyai kelebihan sedikit,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat Libat Urus Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah di dewan Kemas Beaufort dekat sini kemarin.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Awang Asli Lakat, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Beaufort Jaludin Kadir, Setiausaha Pengarah Jabatan Pilihanraya UMNO Sabah Datuk Fadilah Sabri serta kepimpinan empat peringkat UMNO bahagian Beaufort.
Menurut Jeffery, seteru politik telah melipatgandakan kerja-kerja mereka dan yakin kalau usaha-usaha (jentera BN dan UMNO) melebihi daripada seteru politik , maka kawasan-kawasan tumpuan akan dapat kita peroleh semula kemenangan.
Katanya UMNO/BN bahagian bermula dari sekarang perlu mengenal pasti jumlah pengundi dengan pertamabahan pengundi-pengundi baharu, selain mengenal pasti jumlah ahli di peringkat cawangan-cawangan UMNO dan megesan keberadaan mereka.
“Perkara ini perlu sentiasa di kemaskini dan sudah tentu Kerjasama serta sokongan Ketua Cawangan,Ketua daerah mengundi dan pemimpin peringkat akar umbi sentiasa peka dan menjalankan Kerjasama dengan jawatankuasa sekurang-kurangnya mengadakan perbincangan secara berkala,” katanya.
Selain itu,Jeffery yang juga Ketua UMNO bahagian Putatan berkata Biro Penerangan dibantu oleh Berapa biro lain Komunikasi dan Strategi juga perlu berfungsi di peringkat bahagian dan cawangan bagi memberikan penjelasan bagi menangkis segala tomahan dan fitnah yang ditaburkan oleh pihak lawan melalui media sosial seperti facebook, tit tok dan sebagainya yang menjadi flatfrom mereka menyerang parti dan pemimpin UMNO/BN
“Jika kita biarkan ianya akan mengwujudkan prsepsi negetif kepada pemimpin dan parti kita, justeru tugas dan tanggungjawab biro-biro ini selain menangkis segala fitnah dan tomahan perlu diperjelaskan segala program yang telah dan akan dilaksanakan oleh parti bersama ahli di peringkat akar umbi,” jelas Beliau.
Sehubungan itu, Jeffery menambah selain kesiap siagaan awal jentera parti jalinan Kerjasama kukuh antara pemimpin dan ahli di semua peringkat perlu diberikan keutamaan berkerja dalam sebuah pasukan kerana ianya merupakan penentu kejayaan parti untuk berhadapan dengan pihak lawan seterusnya mencapai kejayaan yang diharapkan.
“Kita meramalkan pada PRN atau PRU akan datang cabaran kita akan bertambah hebat jadi kita perlu perhebatkan persediaan dan Gerakan kita bermula dari sekarang,” katanya.