Projek Muzium Tamadun dan Warisan Etnik Dusun Ranau tetap diteruskan

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri telah menamatkan kontrak kontraktor yang dilantik bagi membina Muzium Kebudayaan dan Kesenian suku kaum Dusun Ranau atas prestasi yang mendukacitakan.

Advertisements

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew, bagaimanapun, berkata hasrat kerajaan untuk mewujudkan Muzium Tamadun dan Warisan Etnik Dusun itu akan diteruskan menerusi peruntukan RMKe-12.

Bagi meneruskan projek itu, katanya kementeriannya telah mendapatkan laporan penilaian akhir daripada konsultan.

Berdasarkan laporan itu, kenaikan harga bahan binaan pada masa ini antara faktor utama yang perlu diambil kira untuk membolehkan pembangunan muzium itu dapat diteruskan, katanya pada sesi soal jawab persidangan DUN Sabah di Likas hari ini.

Christina menjawab soalan Adun Dilantik Datuk Amisah Yassin yang ingin tahu status terkini pembinaan Muzium Kebudayaan dan Kesenian suku kaum Dusun Ranau.

Oleh itu, beliau berkata kementerian telah memohon peruntukan tambahan kepada kerajaan negeri menerusi kajian separuh penggal RMKe-12.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles