Pesta Kaamatan mampu jadi wadah kukuhkan perpaduan, Sabah contoh terbaik Malaysia Madani – Suhaimi

SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata Perayaan Pesta Kaamatan mampu menjadi platform memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, agama dan budaya untuk terus bekerjasama serta memperlihatkan semangat rakyat Malaysia yang bersatu padu, muhibbah dan harmoni.

Advertisements

“Ianya juga selaras dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini iaitu “Kaamatan Membudayakan Perpaduan”.

“Oleh itu, Marilah bersama kita menjaga dan pertahankan keamanan, persahabatan dan kebersamaan sesama kita yang amat unik di negeri ini. Kitalah boleh menjadi model contoh yang terbaik konsep ”Malaysia Madani” yang menekankan perpaduan kaum,” katanya.

Suhaimi yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran menjelaskan hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan kunci utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai wawasan dan matlamat yang telah ditetapkan.

Sebab itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (Dilantik) menegaskan kerajaan sentiasa menitikberatkan agenda perpaduan kerana dengan bersatu hati kita dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara, serta ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing.

Suhaimi berharap semua nilai-nilai murni yang kita semaikan dalam Perayaan Pesta Kaamatan ini akan sentiasa subur diamali dalam kehidupan kita. Semoga “Kaamatan Membudayakan Perpaduan” ini akan menjadi sumber inspirasi dan semangat untuk kita terus mengekalkan kesejahteraan dan kemakmuran di bumi Sabah dan Malaysia yang tercinta ini.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Parlimen Libaran di Balairaya Kampung Ulu Dusun Batu 30.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Libaran Mokran Ingkat.

Keputusan pertandingan Unduk Ngadau Libaran 2023 di menangi oleh Andrea Roulind ,21, Naib Johan: Valeriena Karen Aldrin ,20, tempat ketiga : Anndreaalicia Claudius , 25, keempat: Loisa Elsa Leo ,26, dan kelima: Kimberly Myra Terrence Terry ,22.

Manakala johan bagi Sugamdoi Kaamatan Libaran, Adrian D. Silverius , naib Johan: Wences JR dan tempat ketiga, Jovinia Umjin.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles