Zahid dijangka hadir Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Sabah 4 Mei, Rumah Terbuka UMNO/BN Kinabatangan 1 Mei

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Sabah di bangunan UMNO Karamunsing 4 Mei ini.

Majlis yang bermula dari Jam 10 pagi sehingga 2.00 petang itu turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin , ahli majlis tertinggi UMNO, barisan kepimpinan UMNO Sabah ,pemimpin-pemimpin UMNO bahagian ahli-ahli UMNO, pemimpin parti kompenan Barisan Nasional serta pemimpin masyarakat tempatan.

Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata pelbagai acara disediakan sempana sambutan tersebut antaranya persembahan hiburan oleh artis-artis tempatan.

Menurut Suhaimi yang juga Ketua UMNO bahagian Libaran, majlis itu juga merupakan peluang terbaik bagi rakyat khususnya ahli ahli UMNO mengenali pemimpin di peringkat pusat dan negeri yang sebilangannya muka muka baharu yang terpilih dalam pemilihan UMNO bahagian baru-baru ini

“Kehadiran rakyat khususnya ahli-ahli UMNO sudah pasti dapat mengeratkan silaturahim bersama pemimpin UMNO pusat dan negeri,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat.

Suhaimi menambah peluang untuk bermesra dalam majlis rumah terbuka itu boleh dijadikan wadah bagi merapatkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan ahli parti.

Sementara itu, UMNO /BN bahagian Kinabatangan turut menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di dewan Sri Lamag Kinabatangan pada 1 Mei bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang.

Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin akan menjadi tetemu kehormat majlis tersebut yang akan turut dihadiri barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kinabatangan.

Setiausaha UMNO bahagian Kinabatangan Wan Daud Kahar berkata pelbagai acara turut disediakan sempana dengan sambutan tersebut antaranya persembahan hiburan dari artis-artis tempatan.

“Bagi pihak UMNO bahagian Kinabatangan saya mengalu-alurkan kedatangan orang ramai khususnya ahli-ahli UMNO bahagian ini dimana peluang ini perlukan dimanafaatkan untuk beramah mesra antara pemimpin dan ahli selain ianya dapat memperkukuhkan hubungan silatulrahim,” katanya..

Related Articles

253FansLike

Latest Articles