Masyarakat Islam diseru perbanyakkan amalan bersedekah semasa Ramadan – Salza Asa

SANDAKAN: Naib Ketua UMNO Bahagian Libaran Datuk Salzo Asa menyeru masyarakat Islam agar memperbanyakkan amalan sunat dan bersedekah semasa bulan Ramadan.

Advertisements

Beliau berkata dengan Ramadan kini telah memasuki fasa akhir , umat Islam harus merebut peluang meningkatkan amalan agar diberi rezeki berjumpa dengan malam lailatul qadar dan diberi keampunan oleh Allah SWT.

“Teruskan tingkatkan amalan seperti bersedekah, membawa Al-Quran serta mendengar perkara yang bermanfaat.

“Di bulan Ramadan ini juga , kita perlulah menjalinkan hubungan silaturahim yang lebih erat antara kita agar ukhwah sesame kita serta perpaduan dapat dikekalkan dalam komuniti,” katanya.

Salzo berkata demikian semasa Majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat Islam di PDM Taman Merpati, petang kelmarin.

Sebelum itu, beliau telah menyampaikan sumbangan kepada asnaf, ibu tunggal, anak yatim dan warga emas di empat taman perumahan iaitu Taman Kenari, Taman Nuri, Taman Rajawali dan Taman Merpati.

Salzo berkata ini adalah usaha dan keikhlasannya menyampaikan sumbangan untuk meringankan beban perbelanjaan golongan asnaf melalui pemberian sumbangan kepada mereka dalam mengimarahkan amalan bersedekah di bulan Ramadan.

“Selain itu, melalui usaha seperti ini diharapkan dapat membina kesedaran masyarakat untuk lebih cakna dan prihatin membantu golongan kurang berkemampuan untuk turut merasai kemeriahan dalam persiapan menyambut Aidilfitri, “ katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles