Penjawat Awam Diseru Perkukuh Tadbir Urus Untuk Tingkatkan Keyakinan Rakyat – SKN

KOTA KINABALU: Penjawat awam diseru supaya terus berusaha memperkukuh tadbir urus bagi meningkatkan keyakinan semua pihak berkepentingan.

Advertisements

Bagi melaksanakan usaha untuk merealisasikan misi dan amalan tadbir urus yang terbaik dalam sektor awam, Setiausaha Kerajaan Neger Sabah Datuk Seri Panglima Haji Safar Untong berkata kerajaan negeri telah mengeluarkan Pekeliling dan Garis Panduan Bagi Mempraktikkan Amalan Baik Dalam Sektor Awam.

Oleh itu, beliau mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian yang sebaiknya melebihi jangkaan pengguna.

Safar berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan pemain industri dan pelancaran pemudahcara Sabah Maju Jaya (SMJ) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Rosmadi Datu Sulai.

Safar berharap penglibatan para pemudahcara SMJ dan pemain industri dalam proses semakan peraturan dan perundangan lapuk dapat mempermudahkan sistem penyampaian dalam sektor awam, termasuk daripada segi urusan pelaburan.

Safar turut meminta penjawat awam, termasuk Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian dan Pegawai-Pegawai Daerah agar memberi perkhidmatan terbaik dan bersungguh-sungguh menambaibaik sistem penyampaian selaras dengan konsep Malaysia Madani.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles