SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir menyantuni 247 orang golongan asnaf di 4 buah masjid dan surau dalam kawasan DUN Gum-Gum.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran menyampaikan sumbangan zakat kepada golongan asnaf termasuk ibu tunggal, anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas di Masjid Jaya Bakti, Surau Memanjang, Masjid Ulu Dusun dan Masjid Garinono.
Sumbangan zakat yang diberikan itu kepada semua bangsa tanpa mengira fahaman politik dan agama.
Suhaimi turut menyampaikan sumbangan kepada 10 buah masjid dan surau berupa wang tunai, sejadah duduk dan kurma.
Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Libaran yang juga ADUN Sungai Manila Mokran Ingkat, Naib Ketua Bahagian Datuk Salzo Asa, Setiausaha UMNO Bahagian Asli Haji Amat, Ketua Perhubungan Parlimen Libaran Zaini Tiksun, Ketua Wanita Umno Bahagian Libaran Asdariah Asaad dan Ketua Puteri UMNO Libaran Nur Sabrina Haji Sukardi.