Peranan KEMAS tidak boleh dipertikaikan – Mohd Rafi

Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Advertisements

KUALA LUMPUR :Peranan dan jasa Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di negara ini sememangnya tidak dapat dipertikaikan kerana agensi tersebut bukan hanya memainkan peranan aktif bersifat akademik malah bukan akademik.

Ketua UMNO bahagian Labuan Mohd Rafi Datuk Mohd Alli Hassan berkata, peranan yang dimainkan KEMAS sejak awal penubuhannya ternyata banyak membantu kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menjayakan agenda pembangunan di negeri dan negara ini.

“KEMAS bukan hanya memainkan peranan penting dalam usaha mengubah minda dan pemikiran masyarakat terhadap kepentingan ilmu melalui tadika dan taskanya, malah mereka turut berperanan mengajak dan membawa rakyat agar bersama-sama kerajaan mentransformasikan negeri dan negara ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat dari Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan Asri Saleh dan pegawai-pegawai kanan Kemas Wilayah Persekutuan di sini pada Rabu.

Menurut Mohd Rafi, kewujudan KEMAS turut memberikan anjakan paradigma bagi masyarakat di kawasan luar bandar khusus dalam mentransformasi kehidupan masyarakat termasuk merubah tahap siso ekonomi masyarakat luar bandar melalui pelbagai program kemahiran seperti masakan, jahitan kraftangan yang dianjurkan yang memberikan peluang kepada rakyat bukan sahaja memiliki kemahiran malah mengusahakan bidang yang mereka pelajari sebagai penjana sumber pendapatan seharian.

“Kesempatan pada perjumpaan kali ini pelbagai isu termasuk soal kerja sama antara KEMAS dan UMNO Labuan yang boleh kita laksanakan secara berkolaborasi khususnya untuk masyarakat di Labuan terutamanya dalam program program kursus kemahiran baik jangka pandek dan jangka panjang bukan sahaja penyertaannya kita buka untuk ahli parti malah masyarakat lain keseluruhanya.

“Saya dimaklumkan KEMAS telah berjaya melahirkan 18, 477 usahawan yang kebanyakan mereka diajar asas keusahawan dan bermula sebagai usahawan mikro dan usaha-usaha ini dengan Kerjasama KEMAS kita akan perkasakan di Labuan,” katanya

Related Articles

253FansLike

Latest Articles